Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada semua individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription Polymerase (RT-PCR).
Malah, individu tersebut perlu menganggap dirinya positif Covid-19 dan harus menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Petikan dari mStar mengatakan ada pelbagai perkara boleh anda lakukan ketika menjalani kuarantin bagi mengelak diri daripada berasa bosan ataupun tertekan.
Makanan adalah sumber tenaga tubuh dan sepanjang dalam proses kuarantin anda perlu menjaga permakanan, jangan lupa untuk makan selain mengambil makanan sihat.
Walaupun anda menjalani kuarantin di rumah, anda perlu tetap aktif. Jika berasa bosan, anda boleh melakukan gerakan ringan seperti menari, berjalan-jalan di ruang tamu ataupun melakukan senaman ringan seperti lompat bintang, tekan tubi dan banyak lagi.
Ini adalah waktu yang baik untuk anda melakukan perkara disukai seperti membaca buku, menonton filem, bermain alat muzik, mengaji al-Quran, bermain permainan video, melukis, menulis, menyanyi dan sebagainya.
Gara-gara varian Omicron yang telah merebak, Malaysia telah kembali jumlah kes positif hampir 20,000 kes dan peningkatan kes juga berlaku di seluruh dunia. - CARI |
The general consensus among exercise physicians is to wait at least seven days after you first experience symptoms to resume any form of exercise.
ADVERTISEMENT