CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sokong! Rakyat Gesa Kerjaaan Tangguh Pembukaan Sempadan Negara

9-2-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2264| Komen: 37

Petaling Jaya – Orang ramai menggesa agar kerajaan menangguhkan dahulu pembukaan sempadan negara berikutan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang melonjak tinggi.

Semalam, kes jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 13,944 kes dan meningkat kepada 17,134 kes hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

Tinjauan Kosmo! di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendapati, rata-rata pengguna menggesa agar kerajaan tidak terburu-buru membuka sempadan negara dan kekalkan arahan keperluan untuk menjalankan kuarantin wajib bagi pengunjung dari luar negara.


Foto: Kosmo

“Harap kes hari ini membuka mata kerajaan untuk tidak tergesa-gesa buka sempadan negara. Makin bertambah-tambah kes nanti dengan varian yang kita tak tahu apa lagi bakal muncul,” kata Hasya.

“Saya tak sokong sempadan negara dibuka untuk tujuan apa sekalipun. Biarlah tutup dahulu, nanti tak pasal-pasal sempadan negeri pula ditutup semula,” kata Tengku.

“Harap petugas barisan hadapan kita terus teguh, walaupun teruk dicaci maki netizen. Semoga Allah terus merahmati dan melindungi kalian semua,” kata Rosminah.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial yang meminta agar kerajaan melaksanakan penutupan sempadan daerah atau negeri segera agar kes jangkitan dapat dikurangkan sebelum umat Islam berpuasa.

“Lebih baik kerajaan larang dulu rakyat untuk rentas negeri dalam tempoh sebulan ini terutama negeri yang kes jangkitannya tinggi,” kata Harraz.

“Berita tak baik kes naik, ketatkan SOP, bila SOP tak ketat ramai lupa wabak Covid-19 ini masih ada,” kata Caroline.

“Apa kata tutup sempadan negeri sekarang, sekurang-kurangnya dapat kurangkan kes sebelum puasa dan nak sambut Hari Raya,” kata Rizal. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 9-2-2022 05:53 PM
Tangguh tak tangguh, kes tetatp naik. patut nya dah declare endemik dah.
Quote JunkMail 9-2-2022 05:55 PM
Entahnya... Menggelabah bubis tak tentu arah. Tutup pun kes naik jugak. Kau nak tutup pastu ekonomi tak naik2 kau jugak yang bising.
Quote akusukaq 9-2-2022 06:09 PM
Yg nak tutup tu kalu kes baru sikit.sekarang buka atau tutup sama je.omicron dah tersebar meluas dlm negara. negara lain yg kes covid lagi tinggi tak plk takut buka border. ekonomi mengecut nanti korang jgk yg merempan salahkan kerajaan.lagi lama tangguh lg bodoh
Quote kitmal 9-2-2022 06:12 PM
Pada yang takut tu...dok saja berkurung kat rumah...beli pun grab dan food panda..you all takpa simpanan banyak...Yang tutup PKP pun kes naik....nak tutup sampai bila..New zealand tutup pun kes naik jugak,,,buka minda lah sikit
Quote Artemesiaa 9-2-2022 06:22 PM
Negara lain kes lagi tinggi elok dah endemik tak ada isu pun.  Sampai bila nak asyik terkurung ke dah makin suka dikurung.
Quote bakingsoda 9-2-2022 06:28 PM
aku tak paham maksud tangguh buka sempadan sedangkan  dah bersepah orang keluar masuk malaysia? sempadan ape yg belum buka lagi
Quote berusjamban 9-2-2022 06:30 PM
Apa hal plak nak tangguh? Aku dah 2 thn x balik weiiii shut up la yg suruh tangguh tu gi dok dlm gua kunci rapat2
Quote jejarihalus 9-2-2022 06:36 PM
Sampai bila lah nak tutup Bukak ni....negara lain dah rilex2 jer ...X yah menggelabh sgt blh x
Quote krustykrab 9-2-2022 06:40 PM
bakingsoda replied at 9-2-2022 06:28 PM
aku tak paham maksud tangguh buka sempadan sedangkan  dah bersepah orang keluar masuk malaysia? semp ...

Tahnya...kaum kerabat friskies pun masuk kuar mcm pak depa punya negara
Quote xy_daen 9-2-2022 06:48 PM
Marhaen yang gesa tangguh buka sempadan tu pun pakai mask kat dagu...
Quote Firenzza 9-2-2022 06:51 PM
Kajei & digi lex2 mkn angin kt obersee yg marhaen plk meroyan suh ttup sempadan, dh kajjei yg ckp pelancong obersee yg dh beksin & pernah jangkit kobit x pyh kuarantin pastu gelebeh tetek nk suh buster
Quote AbukRokok 10-2-2022 04:01 AM
kesihatan penting ka duit penting? - acik lockdown 2021

duit xde blh mati woooo
Quote noor2 10-2-2022 05:42 AM
Siapa yg kata kematian omicron x tinggi..pi la tengok data dunia....
Quote noor2 10-2-2022 05:43 AM
Kematian tetap tinggi...kes pun tinggi gila2
Quote Munshi 10-2-2022 06:57 AM
bakingsoda replied at 9-2-2022 06:28 PM
aku tak paham maksud tangguh buka sempadan sedangkan  dah bersepah orang keluar masuk malaysia? semp ...

Dari apa yang saya faham, maksud „buka sempadan“ merujuk kepada kebenaran masuk ke negara Malaysia tanpa perlu kuarantin wajib. Sehingga sekarang, sesiapa yang masuk ke negara Malaysia, walau dari mana sekalipun, warga asing atau rakyat sendiri, wajib menjalani kuarantin - tak pasti berapa lama, mungkin 7 atau 10 hari. Bila „buka sempadan“, mendarat di KLIA boleh terus pergi membeli belah di KLCC cthnya. Hinga sekarang satu satunya negara yang kita dah „buka sempadan“ cuma Singapura, itupun sekejap „buka“ sekejap „tutup“.
Quote Simunggu 10-2-2022 10:34 AM
Edited by Simunggu at 10-2-2022 10:35 AM

rasanya bagus tutup dulu sempadan negara untuk yg makan angin...kalau kerja OK
Quote kasibiman 10-2-2022 10:38 AM
Org luar masuk Malaysia: kene beksin.

Org Malaysia utk masuk kedai, beksin+booster.


Babi. Cam gampang gomen.
Quote pengecattaik 10-2-2022 10:47 AM
Nak tutup sampai 2025 pun x kesah. Make sure la ko kasi KWSP, moratorium, subsidi, tak payah byr loan… OK je profesor kangkung ouii.
Quote Suchi 10-2-2022 10:49 AM
Omicron kat gejala ringan je negara lain beratus ribu kes aman2 je dah longgarkan sop

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.124636 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top