|
Siapa yang tidak suka dengan anak kecil, lagi-lagi bila mereka comel, gebu dan tembam. Terasa macam nak gigit kerana kecomelan mereka. Ada di antara kita yang pernah mempunyai ada kecil, kadang-kadang ada orang yang nak jadikan anak kita menantu hanya kerana anak kita comel. Kadang-kala ada yang 'cop' terus anak kita. Baru-baru ini, viral gambar yang dimuat naik oleh Dayana Roza bersama anaknya yang begitu comel. Berlapis-lapis pergelangan tangan anaknya itu sehingga menyebabkan ramai yang geram melihatnya. Anak Dayana yang comel itu dinamakan Astrid Raheeya. Bayi comel ini merupakan anak sulung kepada Dayana dan pasangannya. Kebanyakan gambar yang dimuat naik pasti sahaja ada ramai yang memuji 'comel' ataupun 'tembam'. Sumber: Instagram Dayana Roza Gambar tersebut diambil ketika Dayana membawa Astrid berjalan-jalan di sekitar sebuah pasaraya. Jelas kelihatan badan anaknya yang 'tembam' dan 'berlapis-lapis'. Namun dalam banyak-banyak komen di posting tersebut, kelihatan Emma Maembong turut meninggalkan komen yang menyebabkan ramai tersenyum. ![]() Sumber: Instagram Dayana Roza "Hai my menantu", kata Emma Maembong. Nampaknya bukan peminat dan netizen sahaja yang terpesona dengan Astrid, tetapi Emma Maembong juga kelihatan turut geram dengan Astrid sehingga mahu menjadikan bayi itu menantunya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut memuji kecomelan anak Dayana Roza. Walaupun masih kecil, terrnyata Astrid telah menarik ramai peminat kerana kecomelannya. Agak-agak nanti dah besar jadi artis juga ke seperti mummynya?-CARI Sumber: Instagram Dayana Roza |
Cintaerina replied at 9-2-2022 02:15 PM
https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=203134 Kalau ayat tak keluar boleh refer pada link ni ...




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 10:05 PM GMT+8 , Processed in 1.177800 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.