CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan, Fakta Atau Auta Semata-Mata?

10-2-2022 01:21 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2594| Komen: 27|Original author: Agent13k

Kalau kita demam ataupun sakit tekak, pasti ramai tidak mahu minum minuman sejuk kerana kononnya ia dapat memburukkan lagi keadaan.

Malah, ada juga wanita yang baru lepas bersalin mengelak air sejuk dengan alasan ia boleh menjejaskan proses pemulihan ketika berpantang.


kredit foto: the list

Memetik laporan mStar, minum air masak adalah sangat penting kerana ia memastikan fungsi tubuh badan bergerak dengan baik, termasuk metabolisme dan sistem pencernaan.

Pun begitu, benarkah mitos tentang minum air sejuk boleh beri kesan yang buruk kepada tubuh kita? 

Dalam laporan Medical News Today, beberapa kajian menunjukkan minum air sejuk sebenarnya tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Ia sebaliknya memberi pelbagai manfaat pada kesihatan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa minum air sejuk ketika bersenam boleh menambah daya ketahanan seseorang. Ini dapat dibuktikan dengan hasil kajian pada 2012, di mana seramai 45 lelaki yang bahawa minum air sejuk ketika bersenam mengurangkan kenaikan suhu tubuh badan berbanding pengambilan air dalam suhu normal iaitu sekitar 16 darjah celcius.


kredit foto: kent

Kajian lain pula yang diterbitkan pada 2014 menyelidik kesan minuman air suhu berbeza terhadap prestasi 12 atlet lelaki berbasikal di dalam iklim tropika. Mereka mendapati bahawa minum air sejuk adalah lebih baik untuk prestasi mengayuh basikal berbanding minum air pada suhu normal.

Walaupun begitu, air sejuk tidak digalakkan bagi sesetengah orang yang mengalami masalah tertentu terutama bagi mereka yang mengalami masalah kerongkong dan penyakit berkaitan saluran permakanan seperti Achalasia (penyakit sukar menelan makanan dan minuman).


kredit foto: Joy Gutiriza

Dalam kajian lain pula, 
7.6 peratus responden terdiri daripada 669 wanita pada tahun 2001 memberitahu, minum air sejuk menyebabkan mereka mengalami sakit kepala selepas minum 150 ml air ais dengan menggunakan straw dalam minuman.

Ada yang mendakwa minuman berais boleh menyebabkan selesema dan sakit tekak, tetapi tiada bukti secara kukuh terhadap mitos itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 10-2-2022 01:23 PM
Ini auta je
Quote Decaffeinated 10-2-2022 02:25 PM
Font pun besar kecik besar kecik, macam mana lah aku nak konfiden dgn artikel ni

makna mitos pun dia tak tau

Quote SecretLuv 10-2-2022 02:43 PM
Tapi betul la. Iols kalau minum air ais banyak2 mesti tekak rasa nak sakit.. Dulu lagi la. Langsung tak boleh. Minum sikit je terus jadi tonsil bengkak. Yang selsema tu pun betul. Kalau kerap minum air sejuk mesti nak jadi selsema[em:12:]
Quote HannahMuntanah 10-2-2022 03:58 PM
Decaffeinated replied at 10-2-2022 02:25 PM
Font pun besar kecik besar kecik, macam mana lah aku nak konfiden dgn artikel ni

makna mitos pun di ...

Engko ni dari dulu byk songeh naw. Biar la org nk baca font pulak disibokkan. Asalkan mesej sampai dah la. Cam mak nenek!
Quote .HannahMontana. 10-2-2022 04:03 PM
bergantung kepada keadaan

air dingin ,air sjeuk

atau air pana s, air suam

anything goes

tengok pada keadaan

dua dua penting
Quote Decaffeinated 10-2-2022 04:06 PM
HannahMuntanah replied at 10-2-2022 03:58 PM
Engko ni dari dulu byk songeh naw. Biar la org nk baca font pulak disibokkan. Asalkan mesej sampai ...

Any post using too small letter or too big letter is not recommended. Avoid from using color that harmful to the eyes:

ko pulak suka lah baca tulisan macam ni


Quote Jitu 10-2-2022 04:16 PM
minum milo ais sejuk, air kopi panas, teh panas baru sedap
air kosong tak layan lah
Quote Artemesiaa 10-2-2022 04:54 PM
Ikut pada badan seseorang tu ada orang ok ada yang tidak tak boleh kata semuanya sama
Quote juruterra 10-2-2022 04:59 PM
auta..minum je la badan dlm badan jd suhu badan
Quote faraway1 10-2-2022 05:21 PM
Masa beranak dulu, nurse kasi minum air ais ni...

Tapi sini kalau buka paip memang air sejuk ais tu.. Itu apa orang minum berzaman.. Jadi tak rasa ada air sejuk bawa keburukan.. Jika tidak bukti melambak..

Quote iman_kasih 10-2-2022 05:27 PM
Auta semata..sekian dari iols yg minum ais tiap2 hari.
Quote Thunderclouds 10-2-2022 05:45 PM
I minom ais hari2. Cutiwaktu bpantang shj. Demam2 pn minom ais. Even air coway yg cold tu pn i tambah jgk ais brasa xcukop sejuk.
Quote mbhcsf 10-2-2022 05:47 PM
minum air ape pun asallkan halal and baik sudah

Quote Adrif 10-2-2022 06:46 PM
I dari dulu confuse dengan budaya makanan ni

panas lah, sejuk lah
Quote mzzenma 10-2-2022 06:49 PM
Air panas ke sejuk ke masuk badan auto tukar ikut suhu badan

Anyways meolls peminum tegar air sejuk..
Quote namemysoul 10-2-2022 07:36 PM
Kalau cuaca terlalu panas , lagi2 puasa mmg pokok akn pilih air sejuk....bkn takat minum, kaki letih lps pegi shopping pon saya pernah rendam pergelangan kedua2 belah kaki dlm ais batu bbrp minit utk kurangkan bengkak...skolah men pon pokok mandi air sejuk pd pukul 5.30 pg setiap hari utk kuatkan bdn, nak kasi tahan sejuk...hehehehe (mandi air panas kdg2 buat saya rasa nak tido balik...huhuhu)
Quote rikiruj 10-2-2022 07:51 PM
dia yang tak elok minum air sejuk ni bila minum kat kedai.. ais dia pakai tu ais commercial tak tau bersih atau tidak & sumber airnya.  Kalau pakai ais kat rumah pakai air masak insyallah la tak mudarat.  Kecuali macam artikel tu tulis memang ada penyakit tak boleh minum sejuk..
Quote edoraixora 10-2-2022 08:19 PM
Kalau tengah batuk @ sakit tekak, minum ais mmg lambert lah nak sembuh. Lagi berasa kering tekak tu...itu badan aku lah.
Atok aku pulak, dah tua2 ni mmg tak boleh minum ais. Asal minum ais, siaplah memalam karang bisa2 badan.
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2022 09:06 PM
Cucuk jangan tak cucuk!

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.138011 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top