CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahu Pun Fafau Ada Adik" - Netizen Puji Adik Fara Fauzana Walaupun Cuma Nampak Mata

9-2-2022 12:31 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5676| Komen: 30|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Hotfm

Kelmarin merupakan hari lahir penyampai radio popular Malaysia iaitu Fara Fauzana atau mesra dipanggil Fafau yang ke 42 tahun. 

Menerusi akaun Instagram Hotfm, sebuah video berkenaan sambutan hari lahirnya telah dikongsikan dan meraih perhatian para peminat dan netizen. 


Di dalam video tersebut kelihatan adik dan juga rakan baiknya sejak dari sekolah rendah telah membuat surprise di konti radio Hotfm. 

Mereka datang dengan membawa sebiji kek dan masuk ke dalam konti radio sementara Fara pula ditutupkan matanya dengan penutup mata. 

Adik dan rakan baik Fara diminta untuk menyanyikan lagu selamat hari lahir dan diminta Fara untuk meneka suara itu milik siapa. 

Namun, tekaan Fara tidak tepat dan apabila Fara membuka penutup matanya dia sangat terkejut kerana tidak menyangkakan bahawa adik dan rakan baiknya datang untuk membuat surprise.

Adik Fara juga sempat berkongsikan cerita mengenai kakaknya yang begitu banyak membantu dirinya ketika tidak mempunyai pekerjaan dan sangat bersyukur mempunyai seorang kakak yang sangat baik.

Di ruangan komen pula, peminat dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir pada Fara dan dalam masa yang sama juga, ramai tidak menyangka bahawa Fara mempunyai adik perempuan. 

Sumber: Instagram Hotfm

Semoga Fara sentiasa dirahmati Tuhan, insyaAllah amin.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 9-2-2022 12:33 PM
dh kertu dh fafau.. bila nak kawin??
Quote prizadane 9-2-2022 12:39 PM
hidup je la bujang Fafau oi. Since kau buat netizen menuduh bakal laki tak jadi kau macam-macam dulu, terus iols menyampah dengan dia ni. Jenis hati kering n tak fikir pasal maruah orang
Quote hotmak 9-2-2022 12:41 PM
bukan adik kandung kan, adik dia badan berisi, ni nampak muda lg
Quote Gianna111 9-2-2022 01:12 PM
prizadane replied at 9-2-2022 12:39 PM
hidup je la bujang Fafau oi. Since kau buat netizen menuduh bakal laki tak jadi kau macam-macam dulu ...

masa ura-ura dia kawen tak jadi sebab jantan tu rupanya laki orang.i rasa dia menipu.tak kan la masa couple jenjalan dengan jantan tu si bini atau keluarga  tak perasan?yelah laki dating dgn org glamour dan gambar betebiaran di mana-mana.
Quote bulalof 9-2-2022 01:20 PM
dah berlalu zaman gemilang....
Quote prizadane 9-2-2022 01:41 PM
Gianna111 replied at 9-2-2022 01:12 PM
masa ura-ura dia kawen tak jadi sebab jantan tu rupanya laki orang.i rasa dia menipu.tak kan la ma ...

mana ada laki orang. lelaki tu kawan rapat iols zaman sekolah. even masa lepas habis uni pun kami lepak together-together. until now yach laki tu bujang.
tu aku kata, menyampah sebab dia tak justify benda sebenar.
Quote Gianna111 9-2-2022 01:44 PM
prizadane replied at 9-2-2022 01:41 PM
mana ada laki orang. lelaki tu kawan rapat iols zaman sekolah. even masa lepas habis uni pun kami  ...

so dia cancel kawen sebab apa?sebab lelaki itu tak begitu gemuk dibahagian poket ker?
Quote prizadane 9-2-2022 01:51 PM
Gianna111 replied at 9-2-2022 01:44 PM
so dia cancel kawen sebab apa?sebab lelaki itu tak begitu gemuk dibahagian poket ker?

kalau tak gemuk di bahagian poket, dipandang pun tak nak. haha. Kisahnya kalau tak rasa serius nak kahwin sebab konon tak ready, jangan nak bagi harapan palsu. Dah sah sah lelaki tu berduit, muda dari bakal isteri tak jadi n ada rupa. Siap mamat tu sanggup nak settle down in Malaysia walaupun business nun di London sana sebab sayangkan bakal isteri tak jadi ni
Quote Prickford 9-2-2022 02:15 PM
prizadane replied at 9-2-2022 01:41 PM
mana ada laki orang. lelaki tu kawan rapat iols zaman sekolah. even masa lepas habis uni pun kami  ...

Iolls ingat2 lupa psl kes Fafau tak jadi kawin tu. Siap buat press conference kan. Pasai apa tak jadi kawin? Leh spill tea tak.

Quote nordin84 9-2-2022 02:20 PM
iols suke dia.. atles xmerentan mcm zulin nk menikah je
Quote Normabaru 9-2-2022 02:33 PM
Speaking of the devil @missHaidiD hahahahaha
Quote mamajawie 9-2-2022 02:37 PM
Gianna111 replied at 9-2-2022 01:44 PM
so dia cancel kawen sebab apa?sebab lelaki itu tak begitu gemuk dibahagian poket ker?

sbab si popau tu pengecat dinding ke?

Quote Normabaru 9-2-2022 02:38 PM
hotmak replied at 9-2-2022 02:41 PM
bukan adik kandung kan, adik dia badan berisi, ni nampak muda lg

Kawan dia tu Pon andartu ke..xnmpk gaya mak pon
Quote Normabaru 9-2-2022 02:39 PM
prizadane replied at 9-2-2022 03:51 PM
kalau tak gemuk di bahagian poket, dipandang pun tak nak. haha. Kisahnya kalau tak rasa serius nak ...

Wow..sahih la ye...so bkn Salah laki tu?fafau ni gamekan that guy??
Quote silampumeja 9-2-2022 02:42 PM
prizadane replied at 9-2-2022 05:41 AM
mana ada laki orang. lelaki tu kawan rapat iols zaman sekolah. even masa lepas habis uni pun kami  ...

Abistu apa sebabnya dia xjadi...
Quote prince_marhaen 9-2-2022 02:45 PM
adik keeeeeeeeeeeeeeee....atau 'adik-kakak shayanggg'??? ekekekekeke... fafau tak propa tak sah walaupun skala menguap tahap frozennnn....
Quote hotmak 9-2-2022 02:55 PM
Normabaru replied at 9-2-2022 02:38 PM
Kawan dia tu Pon andartu ke..xnmpk gaya mak pon

taktaulah kakanorm, harus lah kot, biasa kan kita selesa kawan dgn yg status sama ni
Quote esbok 9-2-2022 04:53 PM
prizadane replied at 9-2-2022 01:51 PM
kalau tak gemuk di bahagian poket, dipandang pun tak nak. haha. Kisahnya kalau tak rasa serius nak ...

kadang2 yang lelaki pun aku tak paham, dah nampak orang tu main tarik tali.apa yang ko bertunggu bertangga lagi

Quote missHaidiD 9-2-2022 05:08 PM
Normabaru replied at 9-2-2022 02:33 PM
Speaking of the devil @missHaidiD hahahahaha

Hahaha. Baru sebut da muncul pun papau

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065094 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top