CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banting Tulang Cari Duit, Berhenti Sekolah Untuk Jaga Adik Dan Mak Ayah Sakit

9-2-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1388| Komen: 10

Kemaman: Ketika rakan seusianya bergelut dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun seorang remaja di Kampung Dadong, Air Putih di sini terpaksa membanting tulang bekerja untuk menyara keluarganya.


Muhammad Aliff Najmi Ghalias, 18, memilih berhenti sekolah sejak tiga tahun lalu bagi mencari rezeki selepas kedua ibu bapanya, Ghalias Muda, 57, dan Che Wan Norizan Che Wan Mohd, 54, ditimpa penyakit saraf dan angin ahmar.

Katanya, sepanjang tempoh itu pelbagai kerja dilakukan termasuk bertukang dan kini sebagai petugas pembersihan di sebuah hospital di Kemaman.

Foto: Utusan Online

“Sebelum ini ayah merupakan pemandu lori manakala ibu pula pembantu kedai makan dan selepas ayah sakit saraf, saya berhenti sekolah untuk membantu menambah pendapatan ibu yang tidak seberapa.


“Tetapi, sejak Oktober tahun lalu, ibu pula diserang angin ahmar di samping tahap kesihatan ayah makin merosot, jadi urusan perbelanjaan keluarga termasuk adik yang berusia tujuh tahun kini di bawah tanggungan saya sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya semalam.

Muhammad Aliff Najmi berkata, tempoh bekerjanya hanya pada sebelah malam berikutan kekangan untuk menguruskan ibu bapa pada waktu siang termasuk urusan memasak dan mengemas rumah.

Sementara itu, Che Wan Norizan berkata, tahap kesihatannya beransur pulih dengan kini sudah boleh bangun berbanding sebelumnya dia hanya terlantar dan bergantung harap kepada anak sulungnya.

Katanya, sejak diuji dengan masalah kesihatan, keluarganya sering kesempitan wang hingga kadangkala terpaksa mengikat perut dan berkongsi makanan.

“Saya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan dan terpaksa berjimat-cermat kerana untuk membayar kos sewa kereta bernilai RM80 bagi menjalani fisioterapi di Hospital Kemaman,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 11111-41-00019568-9 (Che Wan Norizan) atau menghubungi talian 011-16018542.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 9-2-2022 04:17 PM
Muhammad Aliff Najmi Ghalias, moga budi baikmu ditimpa ganjaran yang setimpal di dunia dan juga di akhirat kelak.
Quote jerukkedondong 9-2-2022 04:19 PM
Kuatkan semangatmu wahai anak..
Semoga Allah redha dgnmu
Quote Artemesiaa 9-2-2022 04:19 PM
Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan
Quote xtahumenahu 9-2-2022 04:20 PM
macam ni patut org bgi sumbangan kereta..untuk dapatkan bantuan rawatan
Quote xtahumenahu 9-2-2022 04:20 PM
Adrif replied at 9-2-2022 04:17 PM
Muhammad Aliff Najmi Ghalias, moga budi baikmu ditimpa ganjaran yang setimpal di dunia dan juga di a ...

Aaaminnn........
Quote whimsicalmusic 9-2-2022 10:59 PM
Adrif: Muhammad Aliff Najmi Ghalias,  ...
aminnnn dan semoga dimakbulkan
Quote ChildrenOfBodom 9-2-2022 11:20 PM
Hmmm life is unfair, ada orang dahla miskin ditimpa pulak mcm2 ujian, yg kaya terus kaya
Quote cap_ayam 10-2-2022 02:41 AM
Besar ujian anak ni.. semoga Aliff Najmi jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
Quote darkness 10-2-2022 05:11 AM
Moga diberikan kesenangan di dunia dan akhirat wahai anak
Quote holothurian 10-2-2022 05:22 AM
semoga adik Muhammad Aliff Najmi Ghalias dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.. lain org, lain cabaran hidup.. bertabah lah dik..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.190089 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top