CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha Tak Berminat Karya Komposer Lain, Suka Nyanyi Lagu Ciptaan Sendiri

9-2-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2959| Komen: 24

Mempunyai prinsip tersendiri dalam bidang nyanyian, penyanyi Daiyan Trisha berkata dia kurang berminat untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer lain.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, bidang nyanyian dan ciptaan lagu dekat dengan dirinya dan dia juga lebih selesa menyanyi mengikut cara tersendiri.

Foto: IG

"Mungkin sebab saya penyanyi dan juga penulis lagu. Jadi, saya tak berapa suka untuk menyanyi lagu orang lain cipta.

"Semua lagu yang saya nyanyikan memang ciptaan saya sendiri. Mungkin itu cara saya dan nak teruskan apa yang saya suka.


"Untuk menyanyi ini, memang saya suka ikut cara tersendiri. Sebab saya rasa seni menulis dan menyanyi dekat dengan saya," katanya kepada mStar.



Berkongsi mengenai perkembangan dunia lakonan, Daiyan bakal membintangi telefilem Rompak bergandingan dengan aktor Zizan Razak buat pertama kali.

Selain itu, karektor yang dibawa dalam filem ini berbeza sedikit daripada lakonannya sebelum ini berikutan dia perlu membawa watak wanita bertudung.


"Saya tak pernah bekerja dengan Zizan... jadi mungkin ia menjadi sesuatu yang menarik. Selain ada juga vibe filem 'Fast & Furios'.

"Watak dalam filem itu juga sesuatu yang saya tak pernah bawa. Ini watak pertama yang saya akan memakai tudung.



"Cabaran untuk saya yang tak pakai tudung tapi dalam cerita ini kena pakai. Kena biasakan dari segi penggayaan, tak boleh nak nampak diri baru pakai," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 9-2-2022 11:31 AM
Xkesahlah , yg penting nmpk wangi je dia ni
Quote mamajawie 9-2-2022 11:51 AM
apsal hidung dia makin besar?nosejob gone wrong ke?
Quote gekkou 9-2-2022 12:23 PM
jangan sembang sangat acik
esok2 kang dapat lagu best
menggelupur kau rekod

cuba jawab 'belum jmpa lagu yang sesuai'
gtu kan aku mengajar
Quote eLiaD 9-2-2022 12:24 PM
Jumlah netizen yg tak kenal ko sape

RiP
Quote adeqbun 9-2-2022 03:36 PM
syok sndri
Quote she 9-2-2022 03:41 PM
Tapi kenapa eh macik tengok PZ tu dah serupa muka Daiyan ni

Klinik yang sama ke
Quote purplelilac 9-2-2022 03:54 PM
Lagu kau pon aku x pnh dengar hahah
Quote ctnorpropa 9-2-2022 04:01 PM
Diani pada propa cantik yach. Kawan2 lelaki propa semua suka la kat daiyan ni. Masalahnya sekarang satu lagu dia propa tak pernah dengar
Quote nakkomenjugak 9-2-2022 08:25 PM
lagu astro ceria tu jelaaaa yang iol pernah dengar
Quote Suchi 9-2-2022 09:31 PM
Lagu Penat tu iols suka.Dia nampak semakin wangi ya skrg ni yg penting body menten slim walau semakin meningkat usia.
Quote Kancilkering 9-2-2022 09:34 PM
asal lagu penat tu macam tuju kat adey ehhehhhehehh gitew…..
dia ni ghupe bcl inspired but less rich…..
Quote armin 11-2-2022 08:16 PM
wardrobe sheols cantik2 tapi semua mahal2. berapa la income sheols ni yach. harap ada saving byk la bila dah tua nanti
Quote apedehal 11-2-2022 08:22 PM
armin replied at 11-2-2022 08:16 PM
wardrobe sheols cantik2 tapi semua mahal2. berapa la income sheols ni yach. harap ada saving byk la  ...

Retis sendu camni pun bnyak tau payment jgn memain...a year b4 covid tu pun reta sheol cecah 1mil..xtau la kalau sedara sheol membongak ja
Quote Kepot 11-2-2022 08:25 PM
mamajawie replied at 9-2-2022 11:51 AM
apsal hidung dia makin besar?nosejob gone wrong ke?

Memang pasan pastu senget lubang idung dia.
Quote armin 11-2-2022 08:27 PM
apedehal replied at 11-2-2022 08:22 PM
Retis sendu camni pun bnyak tau payment jgn memain...a year b4 covid tu pun reta sheol cecah 1mil. ...

kalau tgk artis zaman dulu2 pun gitu jgk chuols. masa muda kemain. dah tua duduk ppr je sudahnya
Quote apedehal 11-2-2022 08:31 PM
armin replied at 11-2-2022 08:27 PM
kalau tgk artis zaman dulu2 pun gitu jgk chuols. masa muda kemain. dah tua duduk ppr je sudahnya

Dia nehi mungkin la duk ppr..kan dah beli rumah
Quote FakeStinger 11-2-2022 09:10 PM
Sbb ko nyanyi lagu sendiri you're getting nowhere in music industry,  kut..

Kak nab yg suara pecah tu pun dapat lagu best best...
Quote missbigrockstar 12-2-2022 09:28 AM
Dia ni mmg taksub dgn diri sendiri. Gambar mata terpejam pun dia post. Haha
Quote imanjannah 12-2-2022 10:24 AM
gekkou replied at 9-2-2022 12:23 PM
jangan sembang sangat acik
esok2 kang dapat lagu best
menggelupur kau rekod

ini sgtbetul

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.095904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top