CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis! Sanggup Bagi Buah Pinggang Pada Kekasih, Akhirnya Dicurangi

9-2-2022 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1005| Komen: 2

Seperti mana individu lain yang sanggup berkorban apa sahaja untuk insan yang dicintainya, wanita ini juga tidak terkecuali.

Namun siapa sangka, pengorbanannya berakhir dengan pengakhiran yang 'tragis'.

Colleen Le mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk menyelamatkan nyawa teman lelakinya.

Foto: Tiktok

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Colleen berkata teman lelakinya ketika itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik dan memerlukan dialisis.

Bergelut untuk melawan penyakit tersebut, teman lelaki Colleen terdesak untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.


Terlalu menyanyangi kekasihnya, Colleen rela mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.

Walaupun pengorbanannya besar, namun Colleen mendakwa teman lelakinya akhirnya curang.

Bekas kekasihnya malah mengakui dia sudah beberapa bulan menjalin percintaan dengan individu lain beberapa bulan sebelum mereka berpisah.

Video perkongsian Colleen mengenai kisah percintaannya yang tragis meraih 13 juta tontonan di TikTok. - CARI

Sumbe: mStar/Dailystar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 9-2-2022 09:57 AM
tiktok lagiii
Quote Punat_button 9-2-2022 11:25 AM
tapi ko bagi ikhlas kan dek? move on je lah



Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037889 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top