CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara kerana tipu ibu sendiri

20-6-2013 09:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2772| Komen: 13

AYER KEROH - Padah menipu wang ibu sendiri membabitkan lebih RM13,000, seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai E-Kasih dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman terhadap Norhasbul Md Noor, 28, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan memperdaya warga emas berkenaan yang disabitkan ke atasnya.

Norhasbul yang merupakan peniaga didapati melakukan kelima-lima pertuduhan bersama bekas isterinya, Zuraini Muhamad, 24, memperdaya Madiyah Ibrahim, 56, dengan menyamar sebagai pegawai E-Kasih hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM13,100.

Kesalahan membabitkan wang serendah RM50 hingga RM5,000 itu dilakukan mereka di Bank Simpanan Nasional (BSN) Malim Jaya di sini, antara 30 Julai dan 27 Ogos 2012.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Muhammad Hazri Hanafi yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepada anak guamnya yang telah insaf dan melakukan kesalahan tersebut kerana kekangan wang.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan kes bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran.

Selepas mempertimba-ngkan permohonan kedua-dua pihak, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi pertuduhan pertama, 18 bulan (kedua) dua tahun (ketiga), 30 bulan (keempat) dan tiga tahun (kelima).

Beliau bagaimanapun mengarahkan hukuman dijalankan secara serentak dari tarikh ditangkap pada Mac lalu, selain turut menetapkan sebutan semula kes terhadap Zuraini yang mengaku tidak bersalah pada 19 Julai depan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita mengaku daripada E-Kasih yang bertanyakan pelbagai soalan dan menawarkan lot kedai di Taman Krubong Jaya, awal tahun lalu.

Sebagai proses mendapatkan lot itu, mangsa diminta membuat beberapa pembayaran termasuk berkaitan wang proses dan pendawaian selain kononnya mahu mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Semua wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh dan mangsa yang mengesyaki sesuatu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 20-6-2013 08:13 AM
si tanggang kah beliau,adoila
Quote amyainsamad 20-6-2013 09:49 AM
hahahaha...pdn muka
Quote ogata 20-6-2013 09:51 AM
gan ibu sendiri pun nak berak kapur.
Quote jazaa 20-6-2013 10:01 AM
bagus punya mak......
kisah anak beranak selesaikan kat mahkamah.....
Quote spiderman80 20-6-2013 11:04 AM
Tak tipu bukan Cina namanya.
Quote nuc 20-6-2013 11:08 AM
skrg ni tak kira mak bapak ke adik beradik ke saudara mara ke...ko tipu aku...see u in court..
Quote honeynuyun 20-6-2013 04:40 PM
nuc: skrg ni tak kira mak bapak ke adik beradik ke saudara mara ke...ko tipu aku...see u in court..


dunia dah tua...c u in court senang..tak payah fening2..
Quote munchkin 20-6-2013 05:05 PM
pengajaran yang sungguh berat. nanti orang lain tak berani nak buat.
Quote chandrahusin 20-6-2013 05:24 PM
Mak pun nak ditipu? Subahat dgn bekas isteri lagi?
Quote liyamariska 20-6-2013 05:25 PM
sbb nak senang cepat, sanggup tipu mak sendiri...
Quote iza_yuss 20-6-2013 05:29 PM
aku teringat cite P.Ramlee..... DO RE MI ke apa tuh..... yang menipu mak ayah, najk duit langsai hutang.... hehe
Quote kakiputaralam 21-6-2013 06:45 AM
Len kali tipu emak orang lain lah

Quote MissNigga 21-6-2013 06:58 AM
iza_yuss posted on 20-6-2013 05:29 PM
aku teringat cite P.Ramlee..... DO RE MI ke apa tuh..... yang menipu mak ayah, najk duit langsai hut ...

... ... laki binik sanggup menipu mak pak memasing pasai adahutang ngan amma....

mmg kelakor ....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.150724 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top