CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakaman Video Pesawat Pejuang Terhempas Bocor Di Internet

8-2-2022 04:03 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2837| Komen: 13|Original author: Agent13k

Satu rakaman video yang menunjukkan sebuah pesawat pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) F-35C bernilai lebih AS$100 Juta (RM418.53 juta) itu terhempas di atas dek sebuah kapal pengangkutan pesawat VSS Carl Vinson di Laut China Selatan telah bocor di internet baru-baru ini.

kredit foto: Youtube


Petikan dari Sinar, terdapat seorang individu dipercayai mengambil kesempatan merakamkan detik-detik jet berkenaan yang disiarkan menerusi komputer itu dengan menggunakan telefon bimbit.

Rakaman yang bocor itu menunjukkan jet pejuang berkenaan menghampiri dek penerbangan kapal pengangkut pesawat tersebut yang sedang belayar di Laut China Selatan dalam kejadian pada 24 Januari lalu.


Segala-galanya nampak normal sehingga beberapa saat sebelum jet pejuang itu mendarat sayap kiri F-35C senget dan mengenai landasan VSS Carl Vinson menyebabkan terhasilnya api di atas dek sebelum ia terjatuh di Laut China Selatan.

kredit foto: Youtube.

Juruterbang jet itu terselamat selepas menggunakan kerusi anjal sebelum terhempas di permukaan laut tersebut, ini kali pertama rakaman seperti itu dikeluarkan yang menunjukkan kemalangan itu dengan sangat terperinci.

Klip tersebut telah disahkan oleh Jabatan Pertahan AS sebagai tulen. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 8-2-2022 05:13 PM
Tunggu komen pakar jet pejuang dalam forum ni...
Quote pasa 8-2-2022 05:17 PM
bekas menteri pertahanan malaysia paling layak komen ni.

Quote cmf_kunyit 8-2-2022 05:36 PM
ultra78 replied at 8-2-2022 03:13 AM
Tunggu komen pakar jet pejuang dalam forum ni...

sy pakar sakit puan tak bole komen ke?
Quote Buritan 8-2-2022 06:27 PM
pasa: bekas menteri pertahanan malay ...


Sian mat sabuuu...
Quote apalancut 8-2-2022 06:44 PM
China senyum sinis..
Quote cmf_premierleag 8-2-2022 06:51 PM
pasa replied at 8-2-2022 05:17 PM
bekas menteri pertahanan malaysia paling layak komen ni.

Maksud ko elefen fight elefen??
Quote kotakominami 8-2-2022 08:45 PM
Parking fail...ni baru lesen terbang
Quote she 8-2-2022 08:48 PM
Alaaa satg captain ape tu yang poyo kat yt tu

Ke tengah tungkus lumus buat content
Dia kan kapten terpaling haha
Quote maydanoz 8-2-2022 09:05 PM
she replied at 8-2-2022 08:48 PM
Alaaa satg captain ape tu yang poyo kat yt tu

Ke tengah tungkus lumus buat content

kapten mana ni, yg ceramah agama tu ke
Quote kakikuDibibirmu 8-2-2022 09:10 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis
Quote she 8-2-2022 10:23 PM
maydanoz replied at 8-2-2022 09:05 PM
kapten mana ni, yg ceramah agama tu ke

Yang suka mengomen isu ketenteraan padahal dah bersara
Quote airfilterkotor 9-2-2022 01:45 AM
Gear tak turun... tailhook?
Quote Decaffeinated 9-2-2022 12:59 PM
Kenapa mahal sangat kapal terbang ni? Ka itu reasonable?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031699 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top