CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tari Di Korea Utara Ditangkap Sebab Ajar Tarian Disko

8-2-2022 03:26 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1918| Komen: 24|Original author: Agent13k

Di Pyongyang, Korea Utara, pihak berkuasa dilaporkan menangkap seorang guru tari dan beberapa pelajar kerana didapati menari mengikut "gaya kapitalis".

Petikan dari Kosmo, guru tari itu dilaporkan menggunakan pemacu USB yang mengandungi lagu-lagu dan video tarian dari luar negara untuk mengajar muridnya.

kredit foto: independent

Pemacu tersebut telah dirampas dan guru tari berkenaan telah ditangkap.

Kumpulan Pemeriksaan Anti-Sosialisme menangkap guru tari tersebut ketika mengajar tarian disko kepada sekumpulan pelajar mengikut irama negara luar itu.

kredit foto: Trending City


Menurut Radio Free Asia, Kumpulan Pemeriksaan Anti-Sosialisme dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Keselamatan Negara dan pihak polis selama ini memburu penduduk Korea Utara yang menonton dan mengedarkan filem dari Korea Selatan dan luar negara.

kredit foto: NBC news.

Guru tari tersebut mempunyai ijazah dalam bidang koreografi dari Universiti Seni Pyongyang dan ditugaskan untuk mengajar tarian di Sekolah Tinggi Okchon selain turut membuka sebuah akademi tarian persendirian.

Turut dikatakan pelajarnya lebih berminat untuk menari seperti penduduk Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat berbanding tarian gaya Korea Utara. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-2-2022 03:31 PM
Communism ni pun macam agama juga walau pun anti agama. Itu haram, ini haram.

Quote bulalof 8-2-2022 03:34 PM
giler bangkai tarioan kuno disco pun komunis rasa terancam. belum lagi breakdance!
Quote ais_kosong 8-2-2022 03:59 PM
Kesian kt penduduk NK. Apapun tak boleh nak buat.
Semua dikawal. Dari orang kanan sampai ke rakyat xda ke nak gulingkan
arahan pelik2 ni?
Quote ninja9 8-2-2022 04:22 PM
hanya tarian yang di approve oleh kim adalah dibenarkan.... entah apa sebabnya. kalau nak kata sebabnya ialah nak preserve dan pentingkan tarian negara sendiri dari negara lain, tetapi pada masa yang sama ini akan bunuh kreativiti, rakyatnya akan jadik robot yang akan menyebabkan negara mereka ketinggalan jauh dari segala segi..... gila punya kim sampai mcm tu sekali dia nak orang sembah dia
Quote Orix 8-2-2022 04:50 PM
iols teringin sbenarnya nak pegi NK lepas tgok cite CLOY tapi takutttttttttttttttttttttt
Quote Artemesiaa 8-2-2022 04:58 PM
Nak kata apa dah policy negaranya macam tu
Quote Jonesy 8-2-2022 05:14 PM
Curious Hakak....macam maner ke ghoper nye tarian Korea Utara yg deme approved tu
Teringin juga nak nengok.
Quote Afifi82 8-2-2022 11:44 PM
Tu diaaa. Ajar menari disco pon xboleh.
Quote kakikuDibibirmu 8-2-2022 11:49 PM
Your disco needs you

[youtube]w6UyY2XH7C0[/youtube]
Quote dani-rox 8-2-2022 11:56 PM
adakah tarian mcm kat bwh ni termasuk dlm silibus OKT?

[youtube]kt0ZUCAI6pc[/youtube]



Quote Jitu 9-2-2022 12:01 AM

[youtube]LUID0jSh2Ic[/youtube]
Quote naina 9-2-2022 12:09 AM
Alah kim ni kalau semua memberontak dia pun takleh buat apa. Ada skill tentera ke dia tu? Setakat gertak2 je leh la. Budus. Masalah sekarang masing2 menurut sangat. Padahal kalau semua bersatu xdenya kim tu berani bunuh orang
Quote Minyakyuyi 9-2-2022 12:24 AM
baca ni teringat cerita adik manja
Quote Lislizza 9-2-2022 12:54 AM
Dalam usb tu mesti ada lagu Donna Summer or Gloria Gaynor.
Mengimbau kenangan bila dengar lagu disco. Kertunya aku.
Quote abadi84 9-2-2022 08:20 AM
ais_kosong: Kesian kt penduduk NK. Apapun  ...



Terlalu kuat utk digulingkan
Sbb tak ada siapa yg berani bukak mulut
Kutuk kerajaan sikit wlupun sembang2 dgn family sendiri
Esok adalah tentera dtg rumah tangkap.
Mcm dinding2 rumah pun jd spy
Quote salimrock 9-2-2022 09:34 AM
Minyakyuyi replied at 9-2-2022 12:24 AM
baca ni teringat cerita adik manja

haha, aku pn sama, norkumalasari dh harun dharma
Quote manzilla 9-2-2022 09:47 AM
ais_kosong replied at 8-2-2022 03:59 PM
Kesian kt penduduk NK. Apapun tak boleh nak buat.
Semua dikawal. Dari orang kanan sampai ke rakyat x ...

Rakyat mereka telah dibrainwash kononnya pemerintah mereka ialah "tuhan."  Setiap buah rumah mesti digantungkan potret berhala-berhala Kim di ruang tamu, kalau rumah terbakar mesti selamatkan potret berhala-berhala Kim dulu, baru selamatkan anak-anak. Seorang ibu di sana berdepan hukuman penjara kerana menyelamatkan dua orang anaknya dalam kebakaran rumahnya, tetapi tidak sempat menyelamatkan potret berhala Kim Il Sung dan Kim Jong Il. Bacalah buku-buku yang ditulis oleh orang yang berjaya melarikan diri dari sana. Di sana, mereka sangka mereka berada di syurga.
Quote ais_kosong 9-2-2022 09:55 AM
manzilla replied at 9-2-2022 09:47 AM
Rakyat mereka telah dibrainwash kononnya pemerintah mereka ialah "tuhan."  Setiap buah rumah mesti ...

Baca juga yang part parents selamatkan anak tak selamatkan berhala tu.
Kalau kena brainwash macam ni memang kesian sungguh.
Quote dua_chzy 9-2-2022 09:59 AM
ninja9 replied at 8-2-2022 08:22 AM
hanya tarian yang di approve oleh kim adalah dibenarkan.... entah apa sebabnya. kalau nak kata sebab ...

Kim bulat Jong Un tu educated di Switzerland jika tak silap. Pastinya kehidupan heols sangat baik dan penuh kemodenan di sana. Ngarut aje la nak buat benda ni huntok preserve culture. Saja la tu heol practice dictatorship sengaja seksa rakyat sebab psiko (dan sadistik) nak fefeling jadik tuhan NK forever sama macam bapak dan datuk dia.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042004 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top