Yasmin Hani Richardson, 42, mengesahkan dirinya pulih daripada jangkitan perut atau viral gastroenteritis. Kata Yasmin, dia mengalami gejala yang teruk termasuk cirit birit gara-gara jangkitan tersebut.
“Ya, Alhamdulillah. Saya sudah okay. Saya terkena jangkitan perut. Memang senang menjangkiti dan sangat teruk. Setiap jam cirit birit. “Tetapi sekarang saya okay, Alhamdulillah. Sudah kembali bertenaga. Ambil vitamin C dan makan dengan secukupnya,” katanya di Instastory.
|
ADVERTISEMENT