CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Air Bertakung Di Jejambat Bukit Kukus, Netizen Mula 'Bising'

8-2-2022 02:34 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1427| Komen: 7|Original author: Agent13k

Jejambat Bukit Kukus yang tular baru-baru ini kerana jejambat itu dipenuhi dengan sampah sarap dan kini berdepan dengan masalah air bertakung pada hujung minggu yang lalu.

Jalan berkembar yang baru dibuka bulan lepas itu dilaporkan memang menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati pemandangan dan mengambil swafoto.

kredit foto: Facebook

Menurut Odisi, sampah sarap sering ditemui di kawasan tersebut dipercayai dibuang oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.
 
Hujan lebat di Pulau Pinang hujung minggu yang lalu menyebabkan berlaku pula takungan air di bahagian penghujung Jejantas Bukit Kukus menghala ke Jalan Tun Sardon.


Loading FB Post...

Siasatan awal mendapati daun-daun kering dan sampah sarap menghalang laluan air dari sistem perparitan jejambat itu.

Kerja-kerja pembersihan segera telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinag (MBPP) dan laluan itu kembali selamat untuk digunakan semula.

kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan di media sosial yang berpendapat bahawa bukan sahaja faktor sampah yang patut dititikberatkan, tetapi jejantas dikatakan mempunayi lengkungan yang agak dalam di kedua-dua laluan masuk dan keluar.

kredit foto: Facebook

Ada yang mencadangkan langkah pembaikan yang betul perlu dilaksanakan.

Ada juga mempertikaikan kenapa lampu jalan juga didapati tidak berfungsi dengan sempurna di lebuh raya itu.

Dalam kenyataan media MBPP, mereka menegaskan insiden air bertakung tersebut dipandang serius dan jurutera perunding projek itu diminta untuk mengemukan penjelasan terperinci. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-2-2022 02:38 PM
cam bodoh ja bertakung kat lereng macam tu.

memang patut ada yang kena pulas telinga ni.

Quote domestobot 8-2-2022 03:33 PM
kecik benar lubang saluran masuk air hujan. itu kat padang pasir pun boleh tersumbat. ni buat besar tapak tangan baby je, cepat lah tersumbat. kalau korang perasan la saluran air hujan camtu mesti seboleh-bolehnya buat kecik nak mampus.
Quote bulalof 8-2-2022 03:35 PM
jurutera yg bina ni ada common sense x?
Quote Artemesiaa 8-2-2022 05:20 PM
Bukan situ je banyak je tempat lain alami masaalah yang sama
Quote matchstick 8-2-2022 05:24 PM
Under dlp lagi kan..suruh la contractor repair. Biasa project highway turnkey contract kan
Quote cmf_kunyit 8-2-2022 05:38 PM
time-2 ni la patut majlis perbandaran clearkan semua longkang dan sampah, tak yah tunggu ujan lebat sampai banjir..
Quote sambaldurian 9-2-2022 06:22 AM
Aku kekadang pelik jgk ngan jejambat area aku, aritu banjir siap kena reverse ke bawah guna jln lain. Tgk esok, sempat jeling2. Bnyk sampah cm tin, plastik air dekat area lubang air. Patut le tersumbat. X ke pelik cmne jejambat jalan raya sibuk ada sampah. Ada org berekreasi ke kt situ.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041448 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top