|
Kuala Lumpur – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Sajat diminta hadir di mahkamah bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat pada Mykad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini. “Kita mengesan alamat terakhirnya di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya. “Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Mana-mana pihak yang mengenali Sajat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mastura Abdul Basher ditalian 018-2053955. – CARI Sumber: Kosmo
|



lagipun kita pun dah tahu polis malaysia dah tak boleh buat apa dekat heshe... Sooo acik2 semua dah boleh beliak bijik mata berjemaah hantar ain


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.646725 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.