CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Tak Terkilan Walau Karier Seni Tak Seindah Seperti Ayahnya, Saleem

8-2-2022 11:45 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2164| Komen: 17|Original author: tatod


Entah mana silapnya, penyanyi, Syafiq Farhain yang meledak dengan lagu Sayang Maafkan Aku pada 2017 masih belum berjaya mengukuhkan namanya di persada seni suara tanah air. 

Tidak seperti ayahnya, Allahyarham Saleem Iklim yang banyak menyanyikan lagu hits serta malar segar, Syafiq pula bergelut mencari sebuah karya yang mampu meninggalkan kesan di hati pendengar.

Pun begitu, Syafiq yang juga bekerja sebagai anggota bomba sepenuh masa itu tetap positif bahawa suatu hari nanti karier nyanyiannya akan mekar mewangi.



"Tidak dinafikan, lagu-lagu selepas Sayang Maafkan Aku sukar diterima dan kurang mesra radio menyebabkan ia tidak popular dalam kalangan peminat muzik tempatan. Itu maknanya lagu berkenaan belum ada rezeki.

"Tidak perlu terasa hati dengan kerana saya selalu percaya pada rezeki. Sebagai hamba-Nya, saya harus yakin dengan aturan yang sudah ditentukan," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Syafiq tidak akan sesekali berputus asa melupakan impiannya untuk bergelar penyanyi. Dia perlu akur setiap individu masing-masing mempunyai dugaan serta cabaran dalam mengejar impian.


Ada yang dikurniakan rezeki tiba lebih awal dan ada juga yang perlu bekerja lebih keras dalam tempoh masa yang lebih panjang.

"Tak kisahlah kalau perlu kerja keras untuk tembus pasaran seni pun. Cukup peminat tahu saya masih lagi meneruskan karier dalam bidang nyanyian," tambahnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 8-2-2022 11:46 AM
X de aura.
Quote no_el 8-2-2022 11:48 AM
Suara dia sedap tapi kena pilih lagu yg betul dan sedap utk terus kekal
Quote irvene 8-2-2022 11:49 AM
suara hengau angat. so tak sedap jadi bomba je lah ye.
Quote namr 8-2-2022 11:53 AM
Ko keje bomba diam2 je lah ujung2 ada pencen nnt
Quote makita 8-2-2022 11:55 AM
Pencipta lagu2 hits bapak dia dah mati kot. Ke dah putus idea. Kalau tak, mesti bantu si sapek ni bg lg best2
Quote doubleA 8-2-2022 12:00 PM
Lagu tak best susah nak up. Macam ernie lama sejak menang bintang rtm, tak kena lagu, tak popular juga. Hinggalah duet dengan bang mel dan lagu2 seterusnya ok baru ngetop balik.
Quote Kurex 8-2-2022 12:00 PM
Bestnya main pili air sapik...
Quote prince_marhaen 8-2-2022 12:24 PM
Huara Hawak Hengau Hangat Haaa....Tam Pamham Sayemmmm.... cuba cakak takdek sleng ganung pastu nyanyi biasa-biasa jek...
btw, meols daripada excited terus turn off ye bila jumpa heols depan-depan comey kecik rendang je horangnya...ingatkan abam bombahh sado tinggi...ekekekekekekke!
Quote KamikuP 8-2-2022 01:03 PM
Keje bomba je lah sapik.. hujung2 dah tua nnti dpt pencen bole masuk GV
Quote Themilo 8-2-2022 01:56 PM
bukak akaun onlyfans je la pik.. iols & @Kurex confirm subscribe
Quote bulalof 8-2-2022 01:57 PM
syukurlah ada keje tetap...
Quote sleepandream 8-2-2022 06:41 PM
tapi heols ni byk kali perform dlm anugerah2 khen...
walaupun single sendiri belum ada yg "menjadi"
Quote haruslah 8-2-2022 07:16 PM
Kadang dengar suara dia mcm try hard nak dpt suara arwah (pd pendengaran iols la)

Nyanyi santai2 sudah
Dah ade job tetap ape nak pikir lg
Sambil2 ambil job nyanyi sket2 ok la tu
Ado pencen
Quote wordlife 8-2-2022 07:54 PM
pemilihan lagu kena tepat, lagu2 yang Syafiq dapat semua membosankan. satu lagi, kena ada identiti sendiri.
Quote MadameOnion 9-2-2022 11:45 AM
oklah dah ada keja tetap..nyanyi utk pendapatan sampingan...ramai je contoh penyanyi senior yg hidup susah lepas dah tak popular
Quote eLiaD 9-2-2022 01:41 PM
Jumlah netizen yg tak minat suara sengau ????

RiP
Quote kiah_mai_pulak 9-2-2022 01:45 PM
kau mendoniaa kat syurga je lah dek sapikk, kat dunia ni kau leklek jadi bomba dh lahh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.413509 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top