Selepas program Gegar Vaganza musim kelapan, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil dengan mini showcase yang diadakan pada Sabtu lalu.
Fazley,43, berkata Mini Showcase Yang Sedang Sedang Sahaja Datuk Fazley Yaakob itu bukan untuk membuktikan dirinya seorang penyanyi yang hebat, sebaliknya mahu menghiburkan peminat yang rindu dengan persembahannya. "Saya tidak mahu membuktikan apa apa. Cukup sekadar menghiburkan mereka yang sanggup membeli tiket. Sokongan itu adalah kunci kejayaan saya. "Saya bukan la seorang penyanyi yang hebat, yang sedang-sedang sahaja. Saya hanya sekadar seorang penyanyi rakaman.
"Tetapi apa yang mengharukan saya adalah sokongan tanpa henti daripada peminat dan ahli keluarga,” katanya kepada mStar.
|
lampor: Teringat episod citer doraemon yg giant buat konsert utk kawan2 dia.
ADVERTISEMENT