Shah Alam– Hanya kerana gagal menghubungi kekasih disyaki punca seorang lelaki cuba membunuh diri dengan berada di bumbung tingkat 18 sebuah apartmen di Taman TTDI, di sini awal pagi tadi.
Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan sempat memaklumkan kepada rakannya di Pulau Pinang berhubung tindakannya. Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.30 pagi. Katanya, bomba yang tiba lima minit kemudian terus melakukan operasi pujukan dan menyelamat selain memasang tilam angin di bawah apartmen berkenaan. Difahamkan, lelaki tersebut memanjat dari tingkat 17 sebelum berada di bumbung tingkat 18 berkenaan. “Berdasarkan maklumat, lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran gagal menghubungi kekasihnya. “Dia juga dikatakan baru bercerai dengan isterinya pada November tahun lalu selain pernah juga cuba membunuh diri di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Norazam menambah, operasi memujuk turut dibantu adik dan bekas isterinya dalam operasi hampir empat jam itu. Jelas beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki tersebut mempunyai masalah tekanan perasaan. “Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
ifanonline replied at 8-2-2022 10:25 AM
terjun je la, menyusahkan org
bottombikini replied at 8-2-2022 10:48 AM
saiko betul manusia zaman now sikit2 nak ugut bunuh diri
iols ada member sorang yg sikit2 nak toreh ...
jas7512 replied at 8-2-2022 10:55 AM
Ada setgh org mmg mental x kuat..ada yg ada rendah diri yg bersgtan..insecure..tu semua prnyumbang ...
Suchi replied at 8-2-2022 11:10 AM
Lelaki ni nampaknya mmg dh alami depresi sekian lama. Maybe kita rasa aduh kekasih tak jwb call pu ...
ifanonline: terjun je la, menyusahkan org
gigahertz replied at 8-2-2022 11:46 AM
make sure terjun tu mati. kalau cedera parah tak boleh bunuh diri dah.
bottombikini replied at 8-2-2022 10:48 AM
saiko betul manusia zaman now sikit2 nak ugut bunuh diri
iols ada member sorang yg sikit2 nak toreh ...
miszclassique replied at 8-2-2022 12:16 PM
Zaman sekolah dulu i la salah sekor yang acah2 nk toreh tangan bila gaduh ngan boipren, terikut sg ...
ADVERTISEMENT