CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tak Hirau Keselamatan, Bonceng Dua Anak Kecil Tak Pakai Topi Keledar

8-2-2022 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1180| Komen: 7

Kota Bharu: "Saya tak tahu ada operasi, lagi pun rumah saya sekitar kawasan ini sahaja," itu alasan diberikan seorang bapa membonceng dua anak kecil tanpa dipakaikan topi keledar apabila ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, malam kelmarin.


Lelaki berusia 30-an itu berkata, dia menyedari bahaya terhadap dua anaknya berusia tiga dan lima tahun apabila terbabit dalam kemalangan, tetapi beranggapan keluar seketika untuk membeli makanan di kawasan rumahnya.

"Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sebegini demi keselamatan anak-anak, selain tidak akan mengambil remeh soal keselamatan di jalan raya bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.

"Anak-anak saya ada topi keledar sendiri, saya yang silap tidak memakaikannya kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas menerima notis saman dalam Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2022, di sini.

Foto: Harian Metro

Sementara itu, dalam operasi sama, lima beranak warga Mesir turut ditahan kerana terlupa membawa lesen memandu serta pasport mereka.

Suami isteri berusia 33 dan 37 tahun itu mengakui terlupa membawa dokumen penting menyebabkan mereka serta tiga anak berusia empat sehingga sembilan tahun ditahan untuk pemeriksaan.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Nik Azhan Ab Hadi berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang jalan raya, selain jika gagal menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 8-2-2022 10:13 AM
Perkara biasa dah kat Malaysia ni.  Baru tadi terserempak dgn mamat ni hantar anak dia ke Pasti belakang rumah ni, naik motor food panda kotak kat belakang tu tak pakai helmet.  Rupanya ada anak kecil duduk depan dia pun tak pakai helmet.  So for sure yg dia hantar tadi pun tak berhelmet.  Dah la main road busy, nanti bila dah terkena, salahkan orang lain.
Quote Megikari 8-2-2022 11:20 AM
Time ambil anak balik sekolah la paling kerap nampak parents yang bawak anak tak pakaikan helmet ni. Dengan anak kecik letak dalam raga motor lagi. Pastu lalu jalan sibuk dengan lori besar2. Ngeriii tengok diorang ni kadang2 menyelit je celah2 lori ni. Dibuatnya terjatuh atas jalan, tak memasal kepala anak kena lenyek tayar lori
Quote saviour_09 8-2-2022 11:22 AM
sayang anak beli la helmet tu

paling2 tidak yg murah pun dapat jugak minimum kan impact

apooo la aku tak boleh blah bila tengok parent hantar ambik anak sekolah tak pakai helmet
Quote Samerosie 8-2-2022 11:32 AM
saviour_09 replied at 8-2-2022 11:22 AM
sayang anak beli la helmet tu

paling2 tidak yg murah pun dapat jugak minimum kan impact

Lagi tak boleh masuk akal lobainites argued pakai serban tak payah pakai helmet sebab faktor ugama nak ikut macam punjabi pulak.
Quote mbhcsf 8-2-2022 11:35 AM
ini adalah satu senario yg sangat sangat kerap berlaku . dah macam satu benda 'biasa''. melambangkan kesedran sivik yg rendah dan penguatkuasaan yang kurang  tegas.
Quote saviour_09 8-2-2022 11:38 AM
Samerosie replied at 8-2-2022 11:32 AM
Lagi tak boleh masuk akal lobainites argued pakai serban tak payah pakai helmet sebab faktor ugama ...

yaaaa

accident & crack ur skull then u know la how soft @ hard ur serban

common sense la kot ye nak berserban pun

laahai
Quote darkness 8-2-2022 11:39 AM
Bijaknya ko pakcik. Anak dua tak pakai apa2 kau pula elok pakai helmet

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.286752 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top