CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpuluh Ribu Orang Terengganu Makin Tertekan, Dah Seminggu Minum Air Payau

8-2-2022 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1205| Komen: 9

Kuala Terengganu: Masalah air payau yang dialami 31,750 pengguna di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus sejak seminggu lalu menyebabkan rata-rata penduduk makin tertekan.


Rata-ratanya tidak selesa menggunakan bekalan air di kediaman masing-masing untuk urusan mandi dan makan atau minum hingga ada yang terpaksa berhabis membeli air mineral.

Seorang penduduk, Mohd. Safuwan Amir Mohd. Saidi, 30, kejadian terbaharu itu sekali gus mengembalikan memori buruk semasa krisis air pada 2021.

Foto: Utusan

“Tahun lalu, rumah saya di Kampung Bukit Berangan di samping kediaman keluarga di Kampung Pak Katak di Kuala Nerus tiada air selama sebulan.


“Masalah air berulang lagi pada 2022 hingga hingga terpaksa minum air mineral kerana rasa air yang payau daripada mesin penapis boleh menyebabkan saya mahu muntah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gangguan kualiti air di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Losong akibat penerobosan air masin itu menyebabkan 24 kawasan di Kuala Terengganu terjejas.

Kawasan itu ialah Kampung Losong, Kubang Buyung, Paloh, Pulau Rusa, Kuala Bekah, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga, Durian Burung, Bukit Kubang Jambu, Wakaf Che Kapur, Kubang Parit, Pulau Kambing, Cabang Tiga, Tok Ku, Seberang Baruh, Hiliran, Bukit Kecil, Pasir Panjang, Gong Kapas, Panji Alam, Gong Pak Maseh dan Jalan Budiman.

Sementara itu, seorang penduduk, Nursyasya Nadhirah Zabidi, 27, berkata, kualiti air di kediaman neneknya di Kampung Losong Atap Zink di sini masih kekal sama seperti sejak 1 Februari lalu.

“Cuma hari ini rasa payau itu berkurangan sedikit berbanding sebelumnya. Saya berharap pihak Satu dapat mencari penyelesaian terbaik bagi meringankan beban penduduk yang terkesan,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 8-2-2022 10:12 AM
Mana pg MB yg hebat sgt tu… masalah air mcmni tk boleh setelke..
Quote matchstick 8-2-2022 11:22 AM
Better lah drpd takde air langsung. Mandi cuci baju boleh lagi dgn air payau tu kan..cuma tak sedap diminum je
Quote manzilla 8-2-2022 11:55 AM
Kelantan pun sama sekarang.
Quote kakikuDibibirmu 8-2-2022 09:18 PM
Ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim?
Quote sharlenetexas 8-2-2022 09:44 PM
makadek replied at 8-2-2022 09:39 PM
Nape aku g ganu sekitar daerah2 nya rasa bosan ah Tak semeriah kelantan..tiap2 daerah jualan makcik2 ...

Iols pulak suka ganu. Cantik dan bersih.

Quote sharlenetexas 8-2-2022 09:45 PM
Sape dapat idea nama  Losong Atap Zink?

Quote kakikuDibibirmu 8-2-2022 09:46 PM
sharlenetexas replied at 8-2-2022 09:44 PM
Iols pulak suka ganu. Cantik dan bersih.

Akak pulak tak suka nasi lemak Terengganu sebab dekat dalam tu dia letak ikan tongkol bukannya ikan bilis
Quote pengecattaik 8-2-2022 10:05 PM
makadek replied at 8-2-2022 09:39 PM
Nape aku g ganu sekitar daerah2 nya rasa bosan ah Tak semeriah kelantan..tiap2 daerah jualan makcik2 ...

Nak meriah apanya negeri pas.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.080168 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top