CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gara-Gara Iqbal, Hattan Bengang! Selar Program Nyanyian Gila Rating- "Punyalah Sampah"

8-2-2022 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4976| Komen: 43

Penyanyi legenda Datuk Hattan menempelak pihak stesen televisyen supaya bersikap bertanggungjawab agar membawa industri seni ke tahap lebih tinggi.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Hattan, 58, melahirkan pendapat tentang penyertaan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli dalam program Big Stage musim keempat (BS4) semalam.

Foto: IG

Kata Hatta atau nama lengkapnya Mohd. Shukri Shahabudin, Iqbal dilihat bukanlah seorang penyanyi yang bagus untuk menyertai program nyanyian itu.

“Apa yang cuba dilakukan (pihak Astro)? Kalau nak rating sekali pun, tidak perlu sampai begitu, banyak lagi cara lain.


“Pihak produksi sewaktu sesi latihan tidak tahu ke bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta (Iqbal) tidak boleh menyanyi? Kenapa panggil juga?” ujarnya.



Pelantun Mahligai Syahdu itu tidak menafikan gimik kejutan sebegitu memang memberi impak besar daripada segi pemasaran. Namun tindakan tersebut cukup memalukan untuk industri secara keseluruhannya.

“Dalam program itu ada peserta dari Indonesia (Tegar Septian). Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?

“Kasihan 11 orang peserta lain yang bertanding beriya-iya. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, dirasakan sudah layak?

“Walaupun persembahan standard begitu, punyalah sampah,” katanya.



Hattan turut terkilan kerana pertandingan tersebut turut diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sepatutnya dibuat selari dengan standard yang jauh lebih baik.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan,” katanya.

Konsert minggu pertama BS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam dipenuhi kontroversi selepas Iqbal tampil di atas pentas selepas diumumkan sebagai peserta tambahan ke-12.

Pengumuman penyanyi lagu Hujan itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai netizen apabila menyifatkan nyanyiannya menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara sangat teruk. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 8-2-2022 09:05 AM
Betul kata Datuk Hatttan.. Iqbal bukanlah penyanyi pada asalnya, sama seperti Aliff Syukri, dsv, Sajat, Janna Nick, Fatin Afeefa dan Zara Zya..
Quote KamikuP 8-2-2022 09:20 AM
Astrok pedulik haper ngan komen netijen janji rating sampah khennn
Quote rosannazmia 8-2-2022 09:29 AM
Dlm twitter mmg netizen hangin, spoiled sungguh depa kata, tp pd ahkak iqbal comei jer.. Hahahhaha.. Kembang je dia pakai baju gitu2.. Mcm anak2 tadika..
Quote sudirmanistas 8-2-2022 10:17 AM
Kalau mggu depan masih ada dan x tersingkir, mmg naya la industri hiburan malaysia ni.
Quote ezacbee 8-2-2022 10:18 AM
Sumbang abis si kebal nyanyi.. nangis bulan dengar..
Quote Rogue98 8-2-2022 10:27 AM
Next week duet pulak dgn tok Vida...
Quote Addrianna 8-2-2022 10:33 AM
apalah yang kau harap kan astro ni hattan oii demi rating sanggup je mereka ambil orang2 kena kecam asal viral dan rating tinggi untuk rancangan ni.rating apa saja program astro ni memang merundum teruk tu yang mereka sanggup buat apa saja.orang sekarang dh tak hadap astro ni sangat sebab dh banyak platform boleh pilih tu lah astro siapa suruh korang rajin sangat ulang2 sampai ajm semua rancangan kau meluat orang tau montly mcam tu jugak bayaran nya tapi service hampeh
Quote doubleharmonic 8-2-2022 10:42 AM
memang noreen sangat babi stage musim ni yachh
Quote doubleharmonic 8-2-2022 10:44 AM
toktan tak nak jadi juri pedas ke minggu ni? kasi hentam kaw2 si bebal tu sementara heshe belum tersingkir ni lagi yachh
Quote doubleharmonic 8-2-2022 10:45 AM
ezacbee replied at 8-2-2022 02:18 AM
Sumbang abis si kebal nyanyi.. nangis bulan dengar..

terus senyap bulan tak nak bicara lagi dah
Quote princessmiang 8-2-2022 10:49 AM
hayrin86 replied at 8-2-2022 09:05 AM
Betul kata Datuk Hatttan.. Iqbal bukanlah penyanyi pada asalnya, sama seperti Aliff Syukri, dsv, Saj ...

jgn dilupa abah kepada billie... kluarkan single untuk anak
Quote epal_putih 8-2-2022 10:53 AM
setuju tok tan
Quote Normabaru 8-2-2022 10:57 AM
Addrianna: apalah yang kau harap kan astr ...

Sbb tu kaka xpernah subscribed asteruk..mmg terukkk sgt..

Wajar diboikot je...

Spesis ni dgn fmly jah..sama je otak

Xde intergriti
Quote adeqbun 8-2-2022 10:57 AM
hahaha meghahai sey golak dongar toktan membebel..tp boto la semuo eh..yg bideo kedua lg boto..semua bangga anak skiping london berslang..smpi lupa trus bhs melayu...
Quote chandrahusin 8-2-2022 10:59 AM
Ini la yg Astro nak.. publisiti
So everyone is talking about it
Quote Normabaru 8-2-2022 11:00 AM
doubleharmonic replied at 8-2-2022 12:44 PM
toktan tak nak jadi juri pedas ke minggu ni? kasi hentam kaw2 si bebal tu sementara heshe belum ters ...

Tgk bulat muka kebal..siap suara besau tempo picthing sume hauks..pastu ckp ala2 style indon..kaka is kenot..skip2 smpi Komen tokti je..tu Pon mcm hmmmm

Bila si kebal bodow ni kata dia confuse dia blh nyanyi ke x sbb juri lain bg 25:22 ajai je 5..kaka dh tergelak..tokbidah tone deaf plak puji smpi ke langit ketujuh..suara keba sedapppp
Quote ujio 8-2-2022 11:04 AM
laaa dh season 4 ke big stage ni..
Quote laksmanabentan 8-2-2022 11:35 AM
yes... yess....
program kita da dapat perhatian....
maju terusss... pantang mundur...

bad marketing still marketing...
yang penting rating...
hihihi....

iqbal keep maksimum 2-3 minggu jer..
yang penting orang ramai da tahu ada big stage nih..
Quote jijilaaa 8-2-2022 12:09 PM
mana tau dgn kuasa big stage mampu menjalinkan semula cinta vida dgn kebal tu..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.165244 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top