CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Pilihan, Pemborong Terpaksa Jual Telur ‘Kotor’

7-2-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1952| Komen: 18

Kuala Terengganu: Masalah gangguan bekalan telur yang masih berlarutan sehingga kini menyebabkan kalangan pemborong di daerah ini terpaksa menjual barangan berkualiti rendah kepada orang ramai.


Pemilik Ming Feng Wholesales Sdn. Bhd., Jason Tan berkata, walaupun telur bergred E dan F kotor, tetapi tetap menjadi pilihan pelanggan termasuk para pengusaha kedai makan.

Katanya, ketika ini sebanyak 4,000 papan telur pelbagai gred diberikan pembekal di Melaka dan Selangor dalam tempoh tiga kali seminggu.


Foto: Utusan Online

“Pihak pembekal beri apa sahaja yang ada termasuk telur kotor, telur putih atau yang bergred. Jadi, pelanggan kita termasuk pemilik kedai makan pun terpaksa terima asalkan bekalan ada,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Kampung Gong Kiat di sini, hari ini.


Baru-baru ini, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia  mengesahkan 30 peratus pasar raya utama di negeri ini terputus bekalan telur.

Jason berkata, sebagai langkah berjimat-cermat dia hanya menjual 2,000 biji telur setiap hari  bagi mengelak terputus bekalan.

Katanya, walaupun ada pelanggan yang menempah sehingga lebih 150 papan telur sehari, namun  permintaan itu tidak dapat dipenuhi bagi memastikan bekalan sentiasa ada. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 7-2-2022 06:19 PM
Ada je pulak stock.  Telur kotor tu mcm mana ek? Dalam gambar tu macam elok je rupa telur2nya.
Quote krustykrab 7-2-2022 06:42 PM
Ayam mogok ke?
Quote pyropura 7-2-2022 06:45 PM
Zaman gomen Melayu isele tanpa DAP hihi
Quote tripleid 7-2-2022 07:20 PM
[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/2113426775502495/?type=3&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote orkid_amani 7-2-2022 07:33 PM
Tadi p Tesco elok ja penuh telur kat rack tu

Tapi tu la .yg ada gred B & C ja .A xdak

Gred B pun rm12.90


Duuluuu la..sebelum covid ni .telur Tesco gredA biasa offer 9.90 sepapan

Suka beli telur kat Tesco sbb telur dia fresh..balik rendam semua tenggelam
Quote naina 7-2-2022 08:01 PM
orkid_amani: Tadi p Tesco elok ja penuh tel ...


Camne nak beza telur gred2 ni
Yang pasti iols tak suka telur saiz besar lepas tu isinya cair macam dah lama je. Iols suka saiz sedang2 je. Bila pecah elok pejal kuningnya elok bulat.
Quote musangbodoh 7-2-2022 08:53 PM
teloq telur telor abishh
Quote mejaputih 7-2-2022 08:56 PM
Setakat ini kat trg la yg nazak sgt part telur ni..iols kar selangor elok je setakat ini telur di mana2 ada..
Quote veocast 7-2-2022 10:32 PM
Habis tu sebelum ni telur yg kotor di jual kat mana, atau di bersih dahulu baru jual..
Quote Aliaskotonggo 7-2-2022 10:56 PM
telor selalu ada darah, apo ko bondo lah kualiti ke laut. Kalau hantar spore kualiti camni, mmg kena reject lah. malaysia je negara cikai, undang2 koboi
Quote kakikuDibibirmu 7-2-2022 10:58 PM
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah

[youtube]vTIIMJ9tUc8[/youtube]
Quote Mulotkoyak 8-2-2022 12:23 AM
orkid_amani: Tadi p Tesco elok ja penuh tel ...

Kes tu kat terengganu je kot... Ko negeri mane...
Quote anony-mous 8-2-2022 12:47 AM
Telur byk habis sbb musim cuti raya & org kahwin. Ramai dah borong telur utk buat telur rebus bg kat tetamu
Quote orkid_amani 8-2-2022 06:16 AM
gigahertz replied at 8-2-2022 01:05 AM
apa beza tenggelam dan tak tenggelam?

Tengok telur tu telur lama @ baru la
Biasa kalau beli telur sepapan mmg aii balik basuh dulu..rendam dlm besen..sebab ank makan telur tiap2 hari..
Kalau tenggelam tu telur baru la..kuning telur bulat lagi .putih telur pun pekat lagi
Kalau yg terapung tu telur lama
Quote syamzana 8-2-2022 07:07 AM
semlm beli telur tgk yg berpapan tu ada gred E je hrga 11.90 sepapan. dulu rasanya ms tgh pkp gred B kot sepapan blh dapat 9.90.
i beli yg dlm box 10biji omega 3, utk brand yg selalu i beli dari 5.90 jadi 6.60. ke mmg naik hrga sebelum ni tatau la.
Quote darkness 8-2-2022 07:12 AM
syamzana replied at 8-2-2022 07:07 AM
semlm beli telur tgk yg berpapan tu ada gred E je hrga 11.90 sepapan. dulu rasanya ms tgh pkp gred B ...

Pulak dah. Murah pula di semenanjung sana..di sabah ni gred A 14.40, gred B 14.10...
Quote darkness 8-2-2022 07:13 AM
naina replied at 7-2-2022 08:01 PM
Camne nak beza telur gred2 ni
Yang pasti iols tak suka telur saiz besar lepas tu isinya cair macam ...

Aku selalu beli telur gred A. Elok je..biasanya yg telur isinya cair2 tu dah seminggu lebih stok tu uolss

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 10:14 AM GMT+8 , Processed in 1.049113 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top