Seorang remaja di Pakistan dilaporkan telah membunuh seisi keluarganya akibat marah selepas seharian bermain permainan video PUBG.
Polis Pakistan meminta supaya kerajaan mengharamkan permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) kerana mempengaruhi kelakuan remaja tersebut. Menurut SoyaCincau, remaja itu yang dikenali sebagai Ali Zain, yang telah menembak mati ibunya, dua orang kakak dan seorang abang pada 18 Januari lepas. Ketika disoal siasat oleh polis, Ali mengatakan bahawa permainan tersebut telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan tersebut. Imran Kishwar, pegawai penyiasat polis menyatakan kepada pemberita bahawa ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya, polis mencadangkan pengharamannya. Kishwar menambah, Ali terlalu ketagih permainan tersebut dan berkurung berhari-hari di dalam bilik untuk bermain PUBG. Di media pula melaporkan, Ali menembak ahli keluarganya dan berfikir, mereka akan hidup kembali seperti di dalam permainan video tersebut. Pengharaman permainan video PUBG bukanlah perkara baharu, beberapa penyedia telekomunikasi Pakistan menghalang akses PUBG buat sementara waktu kerana aduan berkenaan kandungannya yang terlalu ganas. Negara yang pernah mengharamkan PUBG adalah China, India, Nepal dan Iraq. Indonesia pula mengeluarkan fatwa mengharamkan PUBG kerana ia mencetuskan keganasan.
Di Malaysia pula, mufti Negeri Sembilan pernah mencadangkan pengharaman PUBG akibat keganasan, pejabat mufti Wilayah pula menyatakan ia cenderung memakruhkan kerana unsur membuang masa dan menjadi haram sekiranya melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak. -CARI |
VioletsAre_Blue replied at 7-2-2022 10:53 PM
Pubg ni sampah sangat dengan grafik yang buruk. Menjadi kegilaan pulak style battle royale yang memb ...
ADVERTISEMENT