CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Dah Tertunggu-Tunggu, Farhan Sedia Sertai Gegar Vaganza

7-2-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2497| Komen: 16

Farhan Azizan tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) pada musim akan datang.

Farhan juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF 4) mengakui dia antara yang disebut-sebut oleh peminat dan bersedia untuk menyahut cabaran sekiranya diberikan peluang.

"Boleh dikatakan ramai yang menghantar mesej serta menyebut nama saya di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Malah, ketika membuat persembahan pada program All Together Now Malaysia (ATNM), orang turut menyebut nama saya.

"Belum menyertai GV lagi, orang sudah cakap tertunggu-tunggu. Apa yang pasti, saya tidak mempunyai jawapannya kerana keputusan terletak pada pihak produksi. Saya hanya boleh meletakkan harapan," katanya.

Foto: Berita Harian


Menurut Farhan, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaannya dan ingin memperkenalkan lagi bakatnya pada golongan muda.

"Bidang nyanyian adalah minat utama dan saya juga perlu tunjukan bakat terutama pada golongan muda, sebab golongan sebelum ni sudah kenal saya. Banyak lagi yang ingin saya berikan dan terokai dalam perjalanan kerjaya sebagai penyanyi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2022.

Pada majlis itu, satu platform atas talian diwujudkan bagi mempromosikan produk usahawan kecil dan sederhana (IKS).

Platform itu adalah aplikasi dan laman sesawang secara dalam talian bagi membolehkan jualan secara terus kepada pelanggan.

Majlis pelancaran dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 7-2-2022 05:22 PM
Daripada Farhan ni baik la offer ke Asmidar astro oi kalau betul nak retis lama.
Quote CurangLagi 7-2-2022 05:38 PM
Amboi.. Orang tertunggu2 yah
Quote codenamedream 7-2-2022 05:44 PM
Farhannn oii. Chuols xde lagu yg rakyat Malaysia kenal pun..
X layak masuk GV. Sila masuk masked singer
Quote harkktuih 7-2-2022 05:50 PM
farhan,idayu..tolong je la gibab dr menyanyi..xde aura pun..
Quote Suchi 7-2-2022 05:53 PM
Iols hampir lupa dia ni, dulu dia juara ke ye kat AF tu?
Quote sukacactus 7-2-2022 07:14 PM
Xde aura tp aku suka tone suara dia
Quote a5h91 7-2-2022 07:17 PM
Suara power tp klu menang GV, bakalan sendu jugak ni. Takde aura
Quote olezzeli17 7-2-2022 07:20 PM
Oo.. baca tajuk je dulu tak habis baca lagi.. dh tengok gambar baru la kenal si Farhan ni.. Saya ingatkan Farhan ex si Abby..
Quote mijot 7-2-2022 07:27 PM
suara sedap tp takde aura...
Quote Perawankota 8-2-2022 02:29 AM
Dak sekolah aku.. Tapi sekejap jer.. Kat sekolah aku dia yg tak pakai tudung.. Dulu kat sekolah klu melayu tak bertudung ni, cikgu2 tak suka Sgt.. Tapi dia terkecuali lah kot..
Quote tobobon 8-2-2022 02:32 AM
Suchi replied at 7-2-2022 05:53 PM
Iols hampir lupa dia ni, dulu dia juara ke ye kat AF tu?


No 3 chuols..time tu faizal ganu kiter menang
Quote Incanto 8-2-2022 09:50 AM
aku suka suara dia dari Idayu yg whistling sokmo

tp kesian , dua dua kurang likeability factor
Quote TomyamPuteh 8-2-2022 09:55 AM
Adik dia sedap jgk nyanyi tapi sengau sangat pulak dah.
Quote prince_marhaen 8-2-2022 10:15 AM
suara power, tapi tak ada aura, malas marketkan diri, malas promo, tak keep in touch dengan fans, nak privacy life, takyah lah masukkk...sama macam acah-acah tiru suara semua artis tu - idayu sendu sendayu tu...sah-sah menyanyi for passion je, bukan sebab nk cari duit sangat, sebab sah-sah anak org berada...so takde effort sangat pun nak market diri...masuklah 1000 pertandingan pun...lepas contest masuk peti sejuk beku balik atau kembali ke kuburan seperti shaher gigi besi 15 tahun tu. yihhhhhhh!
Quote chikumanis 8-2-2022 10:31 AM
baca tajuk tt, me tertanya FARHAN mana ni? takkan FARHAN Daie tu pula..

hahahaaa..punyalah tak ingat FARHAN keluaran AF ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087306 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top