CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Stacy Mengandung Ke?

7-2-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4666| Komen: 19

"Mengandung ka Kak Stacy?"

Demikian antara pertanyaan peminat di ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Stacy menerusi video memasak yang dimuat naik.



Foto: IG

Soalan sama juga turut ditanya beberapa lagi pengguna laman sosial itu selain ada yang mendoakan semoga dipermudahkan urusan.

Persoalannya, adakah penyanyi lagu Duit itu benar benar hamil?



Stacy, 32, atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia juga mendapat banyak pertanyaan sama dalam kalangan keluarga.

"Itu lah keluarga saya pun semua bertanya. Saya tidak sempat lagi nak balas mesej sebab semalam seharian saya kena migrain teruk sampai muntah muntah. Ini pun belum pergi klinik lagi.



"Saya nak buat pemeriksaan juga ni sebab makin gemuk kan?" seloroh Stacy.

Terdahulu Stacy dan pasangannya juga penyanyi Akim Ahmad baharu saja meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka.



Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 7-2-2022 04:26 PM
okay sempoi jah dia masak
santai2 gtu meols suka
Quote hareeeesah 7-2-2022 04:42 PM
Dia ni mmg jenis sempoi kan.. gossip pun tak byk. Takde sibuk nak buat content terpaling ke apa
Quote babelina 7-2-2022 05:43 PM
suka tgk stacy n akim.. sempoi jer.. moga sentiasa bahagia..amin yra..
Quote ayukpingu 8-2-2022 08:11 AM
jadi? apa masalah nya?
Quote prizadane 8-2-2022 08:22 AM
dah kahwin kan? so apa masalahnya kalau mengandung.. aiyoyo
Quote awenda507 8-2-2022 10:03 AM
moga bahagia selalu stacy n akim
Quote Addrianna 8-2-2022 10:37 AM
biar lah dia kalau mengandung pun.aku cuma nak komen akim please lah dh kenapa kau kepam sangat sekarang?aku suka sangat tengok kau dulu ke jadi pencipta lagu kena kepam ke tuk dapat idea?
Quote adeqbun 8-2-2022 10:47 AM
org ade laki,ape nak pelik kalau mengandung pon
Quote jijilaaa 8-2-2022 12:18 PM
happy family..low profile. akim bagus betul leh bawak mertua duduk sekali.
Quote exclusive_vvip 8-2-2022 12:20 PM
Addrianna replied at 8-2-2022 10:37 AM
biar lah dia kalau mengandung pun.aku cuma nak komen akim please lah dh kenapa kau kepam sangat seka ...

Sayang kan dia biar diri dia kepam..lepas je kawen terus dia kepam..tak tunggu2 dah..
Quote prince_marhaen 8-2-2022 12:28 PM
stacy ni comey je, sempoi...takde nak terpaling sangat...duduk rumah macam acik-acik biasa je...sekali dia dress up, make up, perform....terus superstar ye..!!!! Cuma itulah, kesian dia AJL tak pernah dapat perhatian, selalu meols tengok AJL sebab nak tgok sheols dance dance je...selain kak ani sekampung...hahaha..Akim je lah makin lama makin kepham busyuk masyam... video youtube pun asyik nak garang je ngan stacy...mencikk kitewww!
Quote Pak.dolla 8-2-2022 12:37 PM
Tahniah akim dan stacy..semoga ibu dan anak sihat selalu..
Quote laksmanabentan 8-2-2022 01:01 PM
Addrianna replied at 8-2-2022 10:37 AM
biar lah dia kalau mengandung pun.aku cuma nak komen akim please lah dh kenapa kau kepam sangat seka ...

kepam kann... rambut tu mcm tak reti nak syampooo, sisir elok2 ker...
gigi tu tak reti nak buat cleaning ker kuning jer...

Quote irsa 8-2-2022 01:05 PM
Stacy sempoi aje! Hahaha.. kalau betul pregnant, congratulations
Quote kembarsiti 8-2-2022 02:00 PM
Suka sgt stacy ngn akim ni. Sbb sweet masih fall in love with each other gitu. Nak lagi akim tu..pndg stacy redup je mata. Hahaha. Walaupun akim kepam ngat. Imej mat rock2 la kot. Bersihkan sikit diri tu. Suka stacy sbb sempoi.
Quote Mary_jane 11-2-2022 06:22 PM
Cool je Stacy ni kan. Sekali on stage, nah amekaw. Adira pun pandai masak. Uqasha plak masak kenduri. Bagusnya semua pandai masak.
Quote dejure 11-2-2022 06:25 PM
Jadi apa masalahnya kat sini??? Dia janda ke org nak pelik sangat.
Quote yoshamanda 11-2-2022 08:06 PM
cool je stacy jwb..takda nak tapok tapok bagai..ni lah mo cek ni katanya heeeh
Quote nordin84 11-2-2022 09:17 PM
iols suke kapel ni lps dorg nikah.. pastu tgk2 video dorg nmpk sgt akim ni mmg cinta mati kat stacy.. xde kontroversi semua..
walaupun akim nmpk kepam skrg mgkin sbb xnk nmpk helok kot.. takut kena caras

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.046714 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top