CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan Akan Menawarkan Perkhidmatan Teksi Terbang!

7-2-2022 03:51 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 779| Komen: 1|Original author: Agent13k

China menjadi negara pertama menawarkan perkhidmatan teksi terbang tetapi hanya untuk pelancong menerusi EHang.

Negara seterusnya yang akan menyertai perkhidmatan teksi terbang adalah Korea Selatan selepas Joby Aviation menandatangani perjanjian dengan SK Telecom.

kredit foto: Asia Times.


Petikan dari Amanz, kedua-dua syarikat ingin menawarkan perkhidmatan teksi terbang elektrik ke seluruh Korea Selatan. Teksi terbang Joby Aviation dilengkapi 6 motor elektrik dengan kipas yang boleh disendengkan untuk penerbangan mendatar dan berpusing ke atas untuk terbang menegak seperti helikopter.

kredit foto: Asianaviation


Setiap pesawat boleh membawa 5 penumpang pada kelajuan maksimum 321km/j dan jarak operasi 241 kilometer, pelanggan di Korea Selatan nanti boleh menggunakan aplikasi UT oleh SK telecom untuk menyeru bukan sahaja kereta tetapi juga teksi terbang. 

kredit foto: techcrunch

Kepakaran pemetaan dan telekomunikasi SK Telecom dilihat membantu operasi Joby Aviation di Korea Selatan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kipaslaju00 7-2-2022 07:32 PM
Tu lah…ejek lagi atok nak buat kereta terbang. Walhal atok dah nampak potensi keta tebang, teksi tebang ni 10-20tahun sudah.

Kalau kita jadi pengeluar keta tebang, kan boleh jana pendapatan sikik..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.031015 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top