Seorang pengguna laman TikTok mendakwa menemui sebuah bangunan terbengkalai yang memaparkan imej beberapa makhluk menyerupai zombi yang dikesan menggunakan laman pemetaan Google Maps. Petikan dari Kosmo, individu berkenaan menunjukkan imej dari udara sebuah bangunan terbengkalai yang diperoleh daripada Google Maps, selepas dizum dan menukar kepada fungsi "Street View", pengguna dapat melihat paparan imej di dalam bangunan itu. Dinding bangunan itu mempunyai pelbagai tulisan seperti "Zombi akan tiba" yang ditulis dengan menggunakan semburan cat, beberapa lelaki dalam keadaan pakaian koyak-rabak serta dipenuhi dengan darah turut dilihat dalam video itu. Mereka kelihatan seperti manusia yang telah bertukar menjadi zombi, perkongsian tersebut menjadi tular dengan menerima pelbagai komen daripada pengguna lain seperti "jurugambar Google telah melampaui batas" dan "itu adalah lokasi penggambaran filem" menurut komen pengguna lain. -CARI |
Gomea replied at 7-2-2022 05:10 PM
Street view boleh tunjuk dalam bangunan skali ke? Ingatkan kat jalan je
ADVERTISEMENT