CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cenderahati Bertema Kim Jong-Un Dijual Online, Seluar Dalam Pun Ada

7-2-2022 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 857| Komen: 2

London – Peminat Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berpeluang untuk mengumpulkan pelbagai koleksi cenderahati  yang memaparkan wajah diktator tersebut dalam pelbagai gaya, lapor akhbar The Sun.


Beberapa laman e-Dagang terkemuka menjual cenderahati itu yang terdiri daripada pelbagai barangan termasuk kalendar, seluar dalam, pelitup muka dan cawan.


Foto: Kosmo

Sebuah peruncit online dari Amerika Syarikat, CafePress contohnya, menjual seluar dalam yang dicetak dengan wajah Jong-un pada harga £15 (RM84.78).

Turut dijual adalah kalendar tahun 2022 yang bertema Jong-un pada berharga £14.95 (RM84.53). Ia dijual di laman e-Dagang, Etsy.


Etsy selain itu turut menjual cawan Jong-un yang mempunyai pelbagai tema cetakan dengan salah satu daripadanya memaparkan wajah pemimpin itu sedang tersenyum beserta keterangan bertulis, ‘Live Laugh Love’ . – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 7-2-2022 03:30 PM
astaga dia punya pencil sharpener
Quote sharlenetexas 7-2-2022 03:38 PM
Takut partner terkejut bila undress unbox tiba2 ada muka kim jong un tersengih gemok mcm babi.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.659940 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top