Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia, juga antara paling ramai di dunia selepas negara Arab Saudi, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019. Menurut Mstar, 1 dalam 5 individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia, perubahan gaya hidup membantu mencegah seseorang terkena diabetes jenis dua dan perkara ini sangat penting bagi mereka yang memiliki risiko menghidap penyakit seperti obesiti, kolestrol tinggi atau penyakit dari sejarah keluarga. Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegah diabetes.
Menurunkan berat badan dapat mengurangkan risiko diabetesm dalam sebuah kajian, mereka yang berjaya menurunkan tujuh peratus berat badan dengan bersenam dan diet dapat menurunkan risiko terkena penyakit itu sebanyak 60%. The American Diabetes Association menyarankan individu di peringkat pra diabetes perlu mengurangkan sekurang-kurangnya 10% berat badan mereka untuk mencegah diabetes daripada terus membesar.
Ada pelbagai manfaat daripada aktiviti fizikal yang boleh dilakukan secara teratur, Senaman bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan tetapi beberapa perkara seperti menurunkan gula dalam darah, ia juga meningkatkan terhadap insulin yang membantu menjaga kandungan gula dalam darah.
Sayur-sayuran mempunyai pelbagai serat dan cukup membantu dalam porses menurunkan berat badan dan risiko diabetes, sayuaran yang berserat dapat melambatkan proses penyerapan gula dan menurunkan kadar gula dalam darah dengan lebih baik, ia sekaligus turut mempengaruhi kesihatan jantung, tekanan darah dan keradangan. -CARI |
ADVERTISEMENT