CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Biarlah Chef Wan Nak Duduk Banglo 7 Tingkat Pun"

7-2-2022 01:55 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 7052| Komen: 62|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Chef Wan

Nama Chef Wan cukup terkenal di Malaysia. Rata-rata peminat dan netizen mengenalinya sebagai seorang chef tetapi ramai yang tidak tahu bahawa dirinya mempunyai bakat yang besar dalam bidang penulisan, pengacaraan dan lakonan. Sebelum memulakan kariernya sebagai seorang chef di Malaysia, Chef Wan bekerja sebagai seorang penyedia makanan di Sydney. 

Chef Wan baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat setelah bercuti di sana selama 42 hari. Baru-baru ini Chef Wan berkongsi tentang kesibukannya membersihkan rumah yang masih belum selesai sehingga kini. 


Sumber: Instagram Chef Wan

Menerusi temu ramah dalam rancangan Nona, Chef Wan berkongsikan tentang gaya hidupnya yang ringkas walaupun digelar jutawan. Namun, perkongsian Chef Wan ternyata telah disalah tafsir oleh kebanyakan netizen. Ramai netizen telah memberikan reaksi negatif terhadap kata-kata Chef Wan. 

Sumber: Instagram Chef Wan

Perkongsian Chef Wan dikatakan tidak seiring dengan kehidupannya yang mewah kerana mana mungkin seseorang yang hidup serba ringkas mempunyai sebuah rumah banglo. 

Oleh itu, Chef Wan telah tampil untuk meluahkan perkara yang sebenar. Katanya, netizen telah  salah anggap kenyataan yang diberikan olehnya. 

Dia mengatakan bahawa banglo yang dimilikinya ialah hasil kerja kerasnya sejak muda lagi, tidak mudah untuk dia memiliki sebuah banglo jika dia tidak berusaha keras untuk mengubah hidupnya. Dia menjalani hidupnya secara ringkas sahaja dan memiliki sebuah banglo tidak akan mengubah dirinya seperti "orang kaya". 

Sumber: Instagram Chef Wan

Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen Chef Wan telah meninggalkan komen yang positif. Ada juga yang memberikan kata-kata semangat dengan menyatakan Chef Wan tidak perlu memikirnya tentang kata-kata negatif yang dilemparkan kepada dirinya. Hanya kita sahaja yang tahu susah senang diri kita, hanya kita yang tahu betapa peritnya kita berusaha untuk hidup senang. 

Sumber: Instagram Chef Wan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acepark 7-2-2022 01:56 PM
aku rasa hijap aku tertutup kot.apa benda ko post ni,aduh.
Quote miznora 7-2-2022 02:00 PM
Ntah aku pun tak nampak apa
Quote clarizsa 7-2-2022 02:02 PM
tt nk post psal apa i xpasti
Tp smlm ada baca cef bebel bila netizen kecam dia sbb bg nasihat hidup simple blabla padahal umah dia sndri banglo mewah
Lebih kurang cmtu lah
Quote cantthinkofany 7-2-2022 02:02 PM
dah alang2 masuk....baik type sesuatu...dapat gak tacang
Quote kucingitam 7-2-2022 02:08 PM
itam sgt ke hati kita2 ni sampai tak nampak pape..
Quote lasagna 7-2-2022 02:24 PM
uikssss kaka pun tak nampak apa article/cerita ni.. rse btul lah hijab tertutup.
Quote DianaSaksen 7-2-2022 02:34 PM
Chef tak pernah aku tengok makan kat kedai melayu..kedai yg dia makan selalu nampak high end..jijik ke tokwan
Quote hird 7-2-2022 02:36 PM
Tatacara nak buka hijab yg terkatup (hanya mujarab di forum cari saja)

Niat ingsun matakaji semar ngi seng - 378 kali dibaca dlm 1 nafas.
Quote harkktuih 7-2-2022 02:40 PM
clarizsa replied at 7-2-2022 02:02 PM
tt nk post psal apa i xpasti
Tp smlm ada baca cef bebel bila netizen kecam dia sbb bg nasihat hidup  ...

simple org kaya tak sama dgn simple rakyat marhaen..simple rakyat marhaen tak sama dgn hidup simple org kais pagi makan ptg je..netizen pun kadang tak beragak nak cerca org..
Quote kiah_mai_pulak 7-2-2022 02:44 PM
ketahian apakah innehhh!??
Quote cantthinkofany 7-2-2022 02:47 PM

merata ketahian berlaku....bersepah2.....iols follow....
Quote Login_ID 7-2-2022 02:54 PM
kucingitam replied at 7-2-2022 02:08 PM
itam sgt ke hati kita2 ni sampai tak nampak pape..

ye kot. lagi2 kucing itam macam uols
Quote chikumanis 7-2-2022 03:02 PM
kenapa cep1 nak duduk banglo 7tingkat? takde sape kata salah pun. cumanya maid, gardener, driver yg dia nak gajikan tu kena rajin la 24-7, betul?

ni kisah pokok² dia mati ke? adoiiii TT, kisah apa ni?? biru kelabu hitam mataku ni cari apa kisahnyaaaaa tak nampak jugaaaa
Quote laksmanabentan 7-2-2022 03:07 PM
cantthinkofany replied at 7-2-2022 02:47 PM
merata ketahian berlaku....bersepah2.....iols follow....

cirit uooolllsss.... tu yang bersepaii...

hahahaa....
Quote babelina 7-2-2022 03:10 PM
cantthinkofany: dah alang2 masuk....baik type sesuatu...dapat gak tacang


hahaha.. setuju.. sama gak misi aku nie.. kdg kisah ntah pape ntah..
Quote SedihPedih 7-2-2022 03:12 PM
banglo halimunan ke?
Quote 3chanceno 7-2-2022 03:17 PM
kiah_mai_pulak replied at 7-2-2022 02:44 PM
ketahian apakah innehhh!??

Bukan 1st time TT bukak thread tanpa crita setakat tajuk je
Quote glump 7-2-2022 03:19 PM
Katanya...ada org seringgit tu sama Nilai 20 sen atau kurang.tapi ada orang yg seringgit tu macam seratus. seandainya gaji dia sejam $500,apa lah sangat bayar gaji driver sebulan $2k.
Quote sukacactus 7-2-2022 03:21 PM
Tt Cintaerina ni tiap kali buka thread, ada tajuk je, isi gi mana?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.448118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top