CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atasi Masalah 'Anxiety', Mawar Rashid Amal Baca Al-Quran Dan Zikir

7-2-2022 11:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1584| Komen: 1|Original author: tatod


Pelakon berdarah Melayu-Thailand, Mawar Rashid yang berdepan dengan masalah kecelaruan keresahan dan serangan panik sejak tahun lalu menjadikan Al-Quran dan zikir sebagai 'ubat' bagi mengatasi gangguan kesihatan dialaminya.

Katanya kepada Harian Metro, dia juga bercadang untuk bertemu dengan pakar psikiatri bagi mengenal pasti punca serta tahap masalah kesihatan dihadapinya.

"Saya bercadang untuk berjumpa pakar psikiatri sebagai salah satu usaha untuk mengenal pasti penyakit yang saya hidapi ketika ini. Apa pun, saya bersyukur dikurniakan suami dan orang sekeliling yang positif.


"Raf selalu ada apabila saya diserang 'anxiety'. Dia selalu ingatkan saya supaya rajin baca Al-Quran dan berzikir. Dua amalan ini adalah ubat terbaik bagi mengatasi masalah itu. Alhamdulillah, saya lebih kuat melawan penyakit itu," katanya.


Gara-gara kecelaruan keresahan dan serangan panik dihadapinya, Mawar hilang selera makan dan adakalanya banyak mendiamkan diri. 

Dia juga mula menyedari dirinya mengalami gangguan kesihatan itu ketika hamil anak kedua, Raden Seri Rosabella Cinta. 




"Saya pernah tiba-tiba menangis dan mula sesak nafas. Ingatkan normal tetapi kejadian itu berterusan sehingga Cinta berusia setahun. Mungkin saya dapat gangguan ini disebabkan terlalu sibuk hinggakan tidak ada masa untuk diri sendiri," katanya.

Bimbang penyakit itu bertambah teruk, Mawar kini memastikan dia mempunyai masa untuk berehat walaupun terikat dengan pelbagai pekerjaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-2-2022 04:47 PM
Kata ada anxiety
Pastu baru nak.jumpa.psikiatri
Mcmana dia.boleh claim.ada anxiety?
Google.je?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.102980 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top