CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Dua Hari Kahwin, Suami Meninggal Kemalangan- "Isteri Menunggu Teh Ais Dan Apam Balik Yang Dipesan'

7-2-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8038| Komen: 93

Kuala Terengganu: "Menantu saya masih dalam keadaan trauma malah masih menunggu teh ais dan apam balik yang dipesan kepada suaminya," kata Zaiton Yusof, ibu kepada Allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Surau Panjang, di sini.


Zaiton, 57, berkata, menantunya, Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, sedar suaminya sudah meninggal dunia selepas kira-kira 37 jam mereka bergelar suami isteri namun masih belum dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang.

Menurutnya, Allahyarham Muhammad Mustaqim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik berkahwin Sharifah Erin Nurshafieka di sebuah masjid di Kampung Beladau Kepong, kira-kira jam 12 tengah hari Khamis lalu.


Foto: Harian Metro


"Isterinya Sharifah Erin memesan teh ais dan apam balik sebelum arwah keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, di sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, jam 12 tengah hari Sabtu.

"Sharifah Erin atau lebih mesra dengan panggilan Erin sudah tahu suaminya meninggal dunia semalam, tetapi masih menunggu arwah pulang membawa pesanan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Beladau Kepong.

Muhammad Mustaqim meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar di sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, di sini, jam 1.10 tengah hari Sabtu.

Mangsa cedera parah di kepala selepas motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Zaiton berkata, Erin sempat menatap kali terakhir wajah suaminya sebelum urusan pengebumian dilakukan petang semalam.

"Dia juga bersama kami dan adik beradik arwah menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.

"Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam," katanya.

Zaiton berkata, pada malam hari kejadian, Muhammad Mustaqim beberapa kali bertanya bapanya nak memesan makanan apa kerana hendak keluar ke kedai makan.

"Dia juga kerap menanyakan saya nak kirim makanan apa sebelum bersalam dan mencium tangan saya," katanya.

Zaiton berkata, Erin sudah pulang ke pangkuan ahli keluarga pagi ini, tetapi beberapa kali memesan supaya terus menghubungi apabila Muhammad Mustaqim pulang daripada menghantar ikan air tawar.

"Sebelum pulang ke rumah ahli keluarganya pagi ini, Erin beberapa kali berpesan supaya meminta Muhammad Mustaqim mengambilnya," katanya.

Zaiton berkata, arwah anaknya juga tidak sempat menyiapkan rumahnya sendiri walaupun barangan pembinaan sudah dibeli.

"Arwah bercadang untuk berpindah ke rumah sendiri selepas selesai majlis sambutan menantu bulan depan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 7-2-2022 11:11 AM
kesiannya..
Quote mejaputih 7-2-2022 11:12 AM
sedih si isteri, sedih lagi ibu bapanya...huhu
Quote babelina 7-2-2022 02:15 PM
Allahuakhbar.. bertabahla hadapi ujian Allah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
aku kdg terfikir klau yg baru kawin.. setahun dua tu.. epf socso laki nya bole ker bulat2 bini dpt..
Quote Suchi 7-2-2022 02:23 PM
babelina replied at 7-2-2022 02:15 PM
Allahuakhbar.. bertabahla hadapi ujian Allah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
aku kdg terf ...

Epf kena faraid, isteri walau baru nikoh sejam tetap berhak 1/8 tu.
Bab iddah ni kalau janda berhias takde iddah kan kalau dah bersama kena la iddah kn ke iols salah part ni.
Pencen socso tu taktau laa
Quote Meiizu 7-2-2022 02:28 PM
kesian dia..tekejut betul tu
Quote MissVixen 7-2-2022 02:30 PM
Allahuakbar. Kesiannya isteri dia. Kalau tak kuat, boleh jadi mereng
Quote sukacactus 7-2-2022 02:32 PM
Allahu
Sekejap betul jodohnya, dah jd balu
Dia tgh in denial tu, semua rasa mcm mimpi
Quote babelina 7-2-2022 02:44 PM
Suchi replied at 7-2-2022 02:23 PM
Epf kena faraid, isteri walau baru nikoh sejam tetap berhak 1/8 tu.
Bab iddah ni kalau janda berhi ...

owh tq2.. aah kn.. xtaw cmna socso pula..yg aku taw dulu kes adik 1 kakak kt ofc aku nie.. MIL mati2 nk gak harta benda epf socso arwah ank nya..
sebaik la rumah atas nama bini nya.. yg lain2 semua MIL ambik katanya..
Quote Artemesiaa 7-2-2022 02:55 PM
Moga keluarga kuat beri semangat dengan dugaanya tu
Quote helicornia 7-2-2022 02:57 PM
mesti wife tu mcm tk percaya suami dh takde.mcm mimpi
Quote Rapz 7-2-2022 03:03 PM
Innalillah,salam takziah buat keluarga arwah.....semoga isterinya tabah & redha diatas pemergian arwah.......
Quote Lislizza 7-2-2022 03:04 PM
Allahuakbar kesiannya adik ni … semoga diberi kekuatan.
Quote ninjago 7-2-2022 03:06 PM
aaaa sedihhh..alfatihah. moga dicucuri rahmat atas rohnya.
Quote uori 7-2-2022 03:07 PM
Sedihhhhnya
Quote pekanwoohoo 7-2-2022 03:27 PM
Inai dekat jari pun tak hilang lagi...
Quote awenda507 7-2-2022 03:30 PM
moga balu arwah kuat nak terima kenyataan. kesiannye lahaii
Quote tariktali 7-2-2022 03:33 PM
ya Allah besar dugaannya. Semoga adik kuat yee
Quote UMMI_MAI 7-2-2022 03:34 PM
babelina replied at 7-2-2022 02:44 PM
owh tq2.. aah kn.. xtaw cmna socso pula..yg aku taw dulu kes adik 1 kakak kt ofc aku nie.. MIL mat ...

tapi rumah walo nama bini pun kena bahagi harta sepencarian kan ? ada hak mak mertua dalam nilai rumah(bahagian si suami)  yg tersebut.

Quote jazaa100 7-2-2022 03:41 PM
MissVixen replied at 7-2-2022 02:30 PM
Allahuakbar. Kesiannya isteri dia. Kalau tak kuat, boleh jadi mereng

Tu dah sikit sikit kearah tu.....
Pesan kat mak mertua suruh hb amik dia, pdhal hb dah xde

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.886346 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top