Minsk: Seorang wanita yang mengandung tujuh minggu maut akibat terbelit rambut sendiri selepas rambutnya tersangkut di sebuah mesin di kilang Svarmet di Borisov, Belarus.
Lapor Daily Mail, kulit kepala Umida Nazarova, 21, turut tercabut selepas mangsa dibawa mengelilingi kilang tersebut ketika menghadiri temuduga kerja di kilang yang mengeluarkan produk berkaitan wayar kimpalan dan elektrod. Semasa lawatan itu, rambutnya tiba-tiba terperangkap dalam mesin dan melilit lehernya sebelum mangsa terperangkap dan berlumuran darah. Ibu mangsa, Olga berkata, bahagian leher anaknya turut mengalami kecederaan akibat lilitan rambut tersebut.
“Dia mengalami kecederaan parah susulan kejadian itu. Saya sedih kerana kilang tersebut melanggar peraturan keselamatan sehingga meragut nyawa anak saya. “Mereka nampak Umida mempunyai rambut panjang, kenapa tidak diberikan sebarang penutup untuk melindungi kepalanya?” soalnya. Insiden itu menyaksikan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada ketua kilang pengeluaran tersebut kerana gagal menunaikan tanggungjawab keselamatan selain tidak bersikap jujur dan cuai sehingga menyebabkan kematian seseorang. -CARI Sumber: Utusan Online
|
seri_mawr: tercabut kulit kepala...seramnya.....cantik macam model knp ko nak kerja kilang dik...
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:25 AM
tercabut kulit kepala...seramnya.....
cantik macam model knp ko nak kerja kilang dik...
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:25 AM
tercabut kulit kepala...seramnya.....
cantik macam model knp ko nak kerja kilang dik...
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:25 AM
tercabut kulit kepala...seramnya.....
cantik macam model knp ko nak kerja kilang dik...
darkness replied at 7-2-2022 11:32 AM
Kesiannya...tulanpasal..kenapa tak suru pakai penutup rambut. Aku teringat sorang makcik uli dodol p ...
gigahertz replied at 7-2-2022 11:08 AM
i is tertanya tanya. kalau kat luar negara kilang diorang pekerja rakyat sendiri atau immigran juga ...
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:25 AM
tercabut kulit kepala...seramnya.....
cantik macam model knp ko nak kerja kilang dik...
ADVERTISEMENT