CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asmidar Dilabel Sendu, “Perlu Ke Kotorkan Nama Untuk Naikkan Nama?”

7-2-2022 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1604| Komen: 2

Lebih 10 tahun dalam industri seni, nama penyanyi Asmidar sehingga kini kurang menyerlah berbanding rakan-rakan seangkatannya yang lain.

Tidak pernah terpalit dengan kontroversi, Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad berkata dia tidak perlu mengejar publisiti hanya semata-mata untuk dikenali.

Menurut juara program Vokal... Bukan Sekadar Rupa 2011 ini, dia mahu menjaga nama keluarga dengan baik tanpa mencetuskan sebarang isu buruk.

Foto: IG


"Persoalnya, kita kena kotorkan nama ke untuk naikkan nama? Kalau kita boleh bagi contoh yang baik, why not kita beri yang baik saja.


"Walaupun orang cakap 'bad publisity is still publisity' tapi kan lebih baik kalau kita tunjukkan contoh yang baik.

"Seboleh-bolehnya, saya nak menjaga nama saya dan bawa nama keluarga dengan baik," kata Asmidar kepada mStar.



Sementara itu, penyanyi lagu Memoir Rindu ini mengakui dia tidak pernah ditawarkan untuk menyertai program terkenal Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun ini berharap pihak produksi memberikan peluang untuk dia sertai program tersebut.


"Kalau ada rezeki, apa salahnya. Bagi saya, GV ini satu platform yang besar. Cuma saya belum lagi dapat peluang untuk masuk.

"Ikutkan dah beberapa tahun juga orang sebut nama saya apabila ada GV. Tapi masih belum ada tawaran lagi... belum ada rezeki saya.


"Insya-Allah mana tahu next GV, saya diberi peluang. Tapi memang sebelum ini, tak pernah lagi dapat la," ujar Asmidar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 7-2-2022 10:29 AM
gmbr baju merah tu ku ingat Amylea
Quote bulalof 7-2-2022 02:15 PM
bior sampei ke bolan yong!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.029155 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top