CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Tawar Hati Nak Balik Singapura

7-2-2022 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4190| Komen: 23

Kehilangan ibu tercinta dua tahun lalu memberi kesan yang amat mendalam buat pelakon Datuk Aaron Aziz.

Kata Aaron, 46, beliau kini rasa tawar hati untuk pulang ke Singapura kerana suasananya tidak sama seperti dahulu.


Foto: IG

“Selepas ibu meninggal, saya jadi tawar hati untuk pulang ke sana. Dahulu ada alasan untuk balik iaitu berjumpa ibu.

“Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana.

“Tambah lagi dengan kesibukan kerja. Jadi tak terlalu fikirkan soal nak pulang ke Singapura,” ujar Aaron.




Ibu Aaron iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia akibat serangan jantung pada November 2020.

Aaron memberitahu anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berada di sana akan berkongsi cerita setiap kali menziarah pusara ibunya.




“Keadaan sekarang pun menyebabkan kami sukar untuk ke sana.

“Bagaimanapun anak saya akan berkongsi gambar dan cerita apabila ziarah ke pusara ibu. Itu momen menyedihkan kerana dia tidak dapat pulang ketika ibu saya meninggal,” ujarnya.



Terus memberi fokus kepada kerjaya, pelakon filem Pisau Cukur ini sibuk dengan urusan perniagaan selain dunia lakonan.

Aaron juga akui selesa bergelar seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun memasarkan produk wangian jenama sendiri The Oud by Aaron Aziz.



“Ketika memulakan perniagaan, niat saya adalah untuk membantu orang di luar sana menjana pendapatan lebih.

“Syukur ia mendapat sambutan yang memberansangkan. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei,” jelasnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 7-2-2022 09:23 AM
cantik ya mak dia ..al fatihah
Quote Suchi 7-2-2022 09:27 AM
Edited by Suchi at 7-2-2022 09:31 AM

Besar2 dh anak dia ya? Rasa dia mcm urban je sblm ni tp tgk anak2 helok sopan je memasing bila dah remaja.
Perasaan Aaron lebih kurang iols rasa tak rasa dh nak blk bila mak dah takde dan iols bukan sejenis suka g kubur ke apa sbb iols percaya kt kubur tu jasad je better doa hari2 lepas solat tu je.
Selalunya suami je beria ajak iols g melawat kubur arwah mak pak iols padahal iols tak kesah pun time raya pun tak berapa nk g sana.
Quote dejure 7-2-2022 11:04 AM
Setakat singapura aje ponn..mcm org kl nk balik melaka.xde beza apa ponn..
Quote ira_229 7-2-2022 12:02 PM
kalau tak salah Aaron ni anak tunggal...n parent dia bercerai jadi yg membesarkan ibu dia...
Quote stinger789 7-2-2022 12:08 PM
ira_229 replied at 7-2-2022 12:02 PM
kalau tak salah Aaron ni anak tunggal...n parent dia bercerai jadi yg membesarkan ibu dia...

Bini dia?

Bukan org sana kewww?

Ko pikir diri ko? Keluarga bini ko? Hati bini ko? Takkheun pak ko dah mati jugak? Bercerai dgn mak ko...ikatan putus kewww? What signal are you giving your grown up kids?

Nak cakap tak cerdik khen kecik hati pulak nanti....
Quote ira_229 7-2-2022 12:11 PM
stinger789 replied at 7-2-2022 12:08 PM
Bini dia?

Bukan org sana kewww?

ntahlah nok...aku pun tak berapa follow sangat si aaron..
pernah terbaca lah kalau dia balik Singapore dia duk kat hotel je tak tidor kat rumah mak dia...
Quote stinger789 7-2-2022 12:13 PM
dejure replied at 7-2-2022 11:04 AM
Setakat singapura aje ponn..mcm org kl nk balik melaka.xde beza apa ponn..

Aku yg buah hati dok ossies setahun 6 kali aku naik dia pulak setahun 4 kali.....turun malaya....dah macam bunyik dulang hantaran kheunz? Ini kalau setakat kl spore...naik kapakterbang...menunggu check in departure lebih lama dari the actual flight...bontot belum panas warming up the seat dah touchdown.....

Kahkahkahkahkah
Quote stinger789 7-2-2022 12:18 PM
ira_229 replied at 7-2-2022 12:11 PM
ntahlah nok...aku pun tak berapa follow sangat si aaron..
pernah terbaca lah kalau dia balik Singa ...


Tidur hotel iteww besa la....anak anak pun dah besar panjang...takda isu pun....all the more you shud be examplary pada anak anak ko.....supaya jgn jadi macam kata bidalan...kacang lupakheun kulit...tempat ko membesar....sedara mara masih ada lagi.....setakat duit berkepok kepok berkepok kepok...sedara mara ko bukan hadap duit ko...sekadar jalinan sulaturrahim dgn ahli keluarga yg boleh dikatakgeun dekat apa isu dia sangat?

Kheunz?
Quote sue_liah 7-2-2022 12:19 PM
dia dah tak ada adik beradik lagi ke kat sana, nmpak elok anak2 nya
Quote bedahmenjuyah 7-2-2022 12:19 PM
Ayat skema bila retis buat biz. Nak tlg marhein jana pendapatan. Btw abang harun ni mmg family man walaupun hensem dan sgt popular satu ketika dulu.
Quote sudirmanistas 7-2-2022 03:27 PM
Maaf bertanya, beliau dah kira PR sini ke mcm mana ye?
Quote pauliza 7-2-2022 03:55 PM
ira_229 replied at 7-2-2022 12:02 PM
kalau tak salah Aaron ni anak tunggal...n parent dia bercerai jadi yg membesarkan ibu dia...

Pernah baca appreciation post dia utk bapak tiri dia .Rasanya bapak tiri dia  yg besarkan dia & dia anggap mcm bapa kandung
Quote kiahbosan 7-2-2022 07:16 PM
Pernah tgk dia solatkan jenazah arwah mak dia kat kubur ada beberapa orang je atau dia sorang je yg solatkan arwah mak dia..mmg kiah sebak tengok gambar tu. Mujurlah ada anak lelaki boleh solat dan doakan ibu.
Quote prince_marhaen 8-2-2022 10:56 AM
dah dapat PR & datukshippp khensss....acah-acah ler sayang malaysiaaa.... lubukkk...tapi ingat-ingat lah wife ko pun mesti ada family kat sana....jangan nak feeling sedih kau sorang je sampai jadi selfishhh...
btw, anak laki heols apasal makin membottom & kepham ye? ayah kemain dapper walaupun dah gundu... yihhh
Quote jijilaaa 8-2-2022 12:15 PM
cpt2 la kuruskan badan abam aron..belum terlambat lagi nak grab watak abah2.
Quote Temenung 8-2-2022 01:22 PM
Lawo2 anak pompuan aaron
Quote irsa 8-2-2022 01:24 PM
Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang
Quote apedehal 8-2-2022 01:26 PM
Baru smlm tgk bam harun aziz & pajura dlm pisau cukur...oh my dior.. ank2 gegirl bam harun cantik
Quote Shamilia79 8-2-2022 01:33 PM
Aku bukan peminat dia tapi dia dengan isteri dia sangat baik.. Aku pernah jemput dia menghiburkan kanak2 sakit cancer di majlis amal dia sanggup datang tanpa sebarang bayaran cuma bayarkan penginapan dan tiket flight dia dan isteri je... Isteri dia pun masyaAllah baik sangat orangnya.. Senang je nak deal.. Respect la pasangan ni.. Aku doakan mereka bahagia sampai ke jannah.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.218472 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top