|
Sumber: Twitter Tiz Zaqyah Baru-baru ini, pelakon popular Tiz Zaqyah menerusi satu tweet di akaun Twitternya dikatakan 'berang' dengan satu individu yang berlagak pandai. Apa kes pula ini? Menerusi ciapan tersebut pelakon yang membintangi drama popular Nur Kasih ini dikatakan 'meluat' dengan perangai individu berkenaan dan menjelaskan apa yang dilakukan oleh individu tersebut adalah memalukan. Bukan itu sahaja, netizen mempercayai individu berkenaan mempunyai pangkat. Hal ini menyebabkan individu tersebut tidak menghormati Tiz Zaqyah dan melayannya seperti kanak-kanak. Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan Tiz Zaqyah sempat memerli individu berkenaan dalam tread tweetnya. Sumber: Twitter Tiz Zaqyah Menerusi tweetnya, Tiz menjelaskan bahawa dia sudah ‘lali’ dengan perangai individu tersebut dan sempat menawarkan diri untuk 'mengajar' individu tentang perkara yang betul. Tweet tersebut telah dibuat oleh Tiz Zaqyah pada 5 Februari namun sehingga kini tiada siapa dapat memastikan ‘mesej’ tersebut disampaikan kepada siapa. -CARI |
captainQUE: Ala kes Dia nyampuk dengan bos ...
captainQUE replied at 7-2-2022 12:23 PM
Ala kes Dia nyampuk dengan bossned lah Tu isu air mineral Tu. Bila netizen kutuk reti pula meroyan d ...
Normabaru replied at 7-2-2022 12:39 PM
Nympuk cerita air mineral?? Mana story tu..share link plsss.hehehe
captainQUE replied at 7-2-2022 12:23 PM
Ala kes Dia nyampuk dengan bossned lah Tu isu air mineral Tu. Bila netizen kutuk reti pula meroyan d ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.118340 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.