CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enggan Rosakkan Industri, Iqbal Rancang Mahu Tarik Diri Dari Big Stage 2022

7-2-2022 09:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6783| Komen: 60|Original author: Tatod


Teka-teki identiti peserta ke-12 pertandingan Big Stage 2022 terjawab apabila usahawan dan penyanyi Hujan, Ahmad Iqbal Zulkefli membuat kemunculan mengejut pada konsert pengenalan yang berlangsung malam semalam.

Menduduki tempat terakhir dengan markah keseluruhan 28.80 peratus, Iqbal sendiri mengakui nyanyiannya teruk sama seperti kritikan netizen.


"Apa yang netizen katakan nyanyian saya sangat rosak, saya sendiri pun bersetuju. Waktu menyanyi di atas pentas, saya tidak dapat kesan suara saya seteruk yang dipaparkan di TV.

"Saya akan berbincang dengan pihak Astro untuk tarik diri. Bukan tidak serius tetapi saya sedar kemampuan setakat mana. Saya tidak mahu rosakkan industri," katanya.

Menyampaikan lagu Biarlah Bulan Bicara, Iqbal menerima seadanya markah yang telah diberikan oleh juri.

Katanya, dia sama sekali tidak sempat membuat latihan seperti peserta lain. Malahan, kehadiran Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya.


Pun begitu, Iqbal tetap bangga dengan keberaniannya menyertai pertandingan berkenaan.

"Pelajaran paling berharga adalah pengalaman. Untuk orang lain yang hanya tahu mengecam, jika dicabar berada di tempat saya, mungkin dari awal tidak berani ke depan.

"Ini bukan jenayah. Jangan nilai saya seperti saya sudah terdidik untuk menjadi penyanyi sejak awal," katanya.

Menurut Iqbal, pada awalnya dia menolak pelawaan pihak Astro bagi menyertai Big Stage. 

Bagaimanapun, menyedari ia adalah peluang sekali seumur hidup, Iqbal kemudian menghubungi Astro semula menyatakan kesediaannya menjadi salah seorang peserta pertandingan berkenaan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 7-2-2022 09:36 AM


boleh pegi mampos. astrok, vibadak, makhluk ni semua dah jahanam dah program big stage tu
Quote Hypothetically 7-2-2022 09:46 AM
Good for you Iqbal, u hv no talent.
Quote acepark 7-2-2022 09:47 AM
eceh2.tp puji la keberanian dia
Quote Harley_Quinn 7-2-2022 09:55 AM
Sje jee kan utk naikkan rating. Ceh
Quote rosannazmia 7-2-2022 09:59 AM
Ahkak rase, iqbal ni sesuai jd reporter, dia nye karangan mmg bagus lagi dari sebahagian repurt esp kat sini bahasa dia tulis tu tersusun, mcm karangan budak sekolah dia menulis. Kalian sana kalian sinunnnn... Gituhhhh
Quote acepark 7-2-2022 10:08 AM
iqbal ni jual ap yerk.beria2 promosikn diri.hari tu dgr cer kena buatan orang.dah berubat ke.
Quote iznanaziz 7-2-2022 10:19 AM
acepark replied at 7-2-2022 09:47 AM
eceh2.tp puji la keberanian dia

tu la tu.
tak blh belah
nak gak puji diri sendiri..berani.
Quote iznanaziz 7-2-2022 10:20 AM
Hypothetically replied at 7-2-2022 09:46 AM
Good for you Iqbal, u hv no talent.

kelakar statement ko ni
tapi ada benarnya.
Quote slyfynx 7-2-2022 10:28 AM
Dalam kutuk diri sendiri, ade jgk bragging tu.
Hahahahaha.
Adat la. Kene sandwich mende baik dan buruk supaya x nmpk menikam kalbu sgt
Quote Normabaru 7-2-2022 10:29 AM
Dia Nye rambut kepok2tu kaka gewam..muka dh level mcm giant ja pon..tp acah hensem

Dok plk gigih explaining himself justify xde bakat LPs join.. phuiiiikkkkkkkk
Quote codenamedream 7-2-2022 10:30 AM
Iqbal boleh offer diri jadi cikgu penulisan bahasa melayu kepada Bini Jah.
Quote cikatilia 7-2-2022 10:53 AM
nyanyi dlm jamban lagi sodap
Quote iznanaziz 7-2-2022 10:56 AM
codenamedream replied at 7-2-2022 10:30 AM
Iqbal boleh offer diri jadi cikgu penulisan bahasa melayu kepada Bini Jah.

apa kelulusan dak Iqbal ni?  
Quote helicornia 7-2-2022 10:58 AM
ari tu gebang nak masuk AJL
baru masuk big stage dah terkincit
Quote chanthik 7-2-2022 11:11 AM
NYAHHHH dari industri ni gayah bottom

SEHINA-HINA nasi himpit retis² pun tak ada yang TERHINA MACAM KAU IQBAL

POKEYMARKK ya Astro membadutkan SATU-SATUNYA RANCANGAN YANG HIGH CLASS DAN CLASSY di Astro dengan gelaran PPRT dan semestinya SAMPAH SSKJP yaknk VIDA TERLAKNAT dan IQBAL BUSUK YINNIHH

HELLO? HELLO? HELLO?
Aku lagi rela tengok Mas Idayu tiap minggu dari VIDA BUSUK,HODOH DAN TERSIAL itu ya, adakah Astro lupa isu Vida dan Anuar Zain? Perlukah LAPORAN DIBUAT TERHADAP ASTRO KERANA MENAMPILKAN INDIVIDU BERMASALAH DI KACA TV DALAM PROGRAM BERFOKUSKAN ANAK MUDA? KESAMPAHAN APA INI
Quote MadameOnion 7-2-2022 11:14 AM
iznanaziz replied at 7-2-2022 10:56 AM
apa kelulusan dak Iqbal ni?

rasanya dia grad aswara bidang penulisan
Quote Suchi 7-2-2022 11:16 AM
rosannazmia replied at 7-2-2022 09:59 AM
Ahkak rase, iqbal ni sesuai jd reporter, dia nye karangan mmg bagus lagi dari sebahagian repurt esp  ...

Iols perasan gak bab ni sbb sblm ni dia mmg suka menulis ayat mcm karangan sekolah.
Tak de guna short form or bahasa rempit.
Walaupun kita baca mcm loya dan rasa koya sbb humblebrag dia tu tp di akui dia pandai menyusun kata2.

Tu gamaknya dia jd PA sblm ni dah biasa jd admin kat socmed juga kot.
Quote jibams 7-2-2022 11:18 AM
mula2 aku tak kisah sangat big stage ni.. tau peserta pun dari sosmed jugak... td pagi 7 Feb 2022, tgk Twitter trending iqbal.. dah kenapa kan... click je trending tu bersepah org keji caci maki...
Quote Suchi 7-2-2022 11:21 AM
Kalau nak tarik diri better buat skrg je tgk muka terkebil2 mlm td pun jd kesian plak.
Kuat betul mental sanggup jd punching bag netizen. Astro mmg tau ko takleh nyanyi sbb tu dia offer utk pergunakan ko je pun. Kalau semua peserta bagus nnt netizen takde modal nak mengecam so kena la buh sorang dua yg hauk umpan nak tarik netizen mencerca.
Percayala kalau ko tak tarik diri ko tetap akn disimpan astrok hingga byk minggu lagi.
Bertabah la ko nak hadap cercaan netizen tetiap hari.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.080453 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top