Jakarta– Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang pelanggan yang terkejut apabila menemui beberapa ekor jentik-jentik berada di dalam air oren yang dipesannya di sebuah gerai, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok bernama @s4ulberulah. Rakaman tersebut menunjukkan segelas air oren yang dipesan oleh seorang pelanggan wanita berada di atas sebuah meja kayu di sebuah gerai. Minuman berwarna kuning dengan beberapa ketulan ais di dalamnya itu masih penuh kerana wanita itu belum meminumnya.
Sekali pandang, air itu kelihatan lazat. Tetapi apabila kamera memfokuskan pada bawah gelas, kelihatan ada sesuatu yang bergerak di dalamnya yang disyaki adalah jentik-jentik. “Hilang terus rasa haus,’’ tulisnya dalam kapsyen video. Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Walaupun minta air baharu, saya yakin kedai itu menggunakan air yang tidak dimasak,’’ tulis seorang netizen. “Setiap kali makan, saya kerap periksa makanan sebab banyak video macam ni,’’ komen netizen lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
Normabaru replied at 7-2-2022 09:53 AM
Dulu2 masa kecik minum air kt kedai or warong kaka jarang order air sbb tahu gelas dorg cuci xbersih ...
makton replied at 7-2-2022 10:36 AM
teringat dulu kakak aku & geng pegi rumah sorang pelakon veteran seangkatan pramlee (dah arwah) utk ...
Mooverine replied at 7-2-2022 09:38 AM
euwww...customers lain confirm dapat juga la kan minuman jentik-jentik
TeropongThaico replied at 7-2-2022 10:58 AM
Takkan mak cik tu tak nampak kot sesuatu yg aneh dlm jug sirapnya. Semut sekor kita perasan kalau ...
makton replied at 7-2-2022 11:08 AM
tak tahu laa.. maybe org tua tak nampak kelibat jentik2 dlm sirap.
mejaputih replied at 7-2-2022 11:19 AM
dulu masa gi bali, tourist guide dah pesan nk minum, beli air mineral jgn minum air sebarangan. nnt ...
TeropongThaico replied at 7-2-2022 11:17 AM
Owh dah tua sgt kot... Rabun. Alahai siannya pulak harus deols suami isteri minum air yg sama
makton replied at 7-2-2022 12:04 PM
maybe makcik tu hidang air kat kakak i pakai air kolah kot harapnya dia hidang utk suami & anak ...
fahdramli replied at 7-2-2022 11:48 AM
I kalau pi jakarta atau bandung, minum teh botol atau air dalam botol ja, memang tak beli kat waru ...
Normabaru replied at 7-2-2022 09:53 AM
Dulu2 masa kecik minum air kt kedai or warong kaka jarang order air sbb tahu gelas dorg cuci xbersih ...
ADVERTISEMENT