CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Arah 12 Anak Mengemis- Sehari Dapat RM700, Hidup Senang Beli Kereta, Motor, Emas

7-2-2022 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1270| Komen: 2

Jakarta – Taktik 12 adik-beradik daripada sebuah keluarga di Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Tengah yang mengemis meminta simpati orang ramai membuatkan mereka mampu menjana pendapatan lumayan mencecah 2.4 juta rupiah (RM699.55) sehari, lapor laman berita Riau24.


Bukan itu sahaja, hasil pemeriksaan mendapati keluarga tersebut turut mampu membeli motosikal baharu dan kereta,  selain memiliki barang kemas serta telefon pintar.

Mereka turut tinggal di sebuah rumah yang disifatkan sebagai selesa, hanya dengan mengemis wang daripada orang ramai.


Foto: JPNN.com

Taktik mereka bagaimanapun terbongkar apabila pihak berkuasa membuat serbuan ke atas golongan gelandangan dan pengemis di sekitar bandar Kotawaringin Timur  kelmarin.

Hasil serbuan tersebut, pihak berkuasa menangkap sembilan pengemis dan gelandangan dengan lima daripada mereka adalah saudara kandung.

Selepas memeriksa keadaan rumah keluarga adik-beradik pengemis tersebut, pihak berkuasa menemui sebuah motosikal dan kereta di halaman rumah mereka.

Ketua Polis Perbandaran Kota Waringin Timur, Sugeng Rianto berkata, ibu bapa kanak-kanak tersebut mengarahkan mereka mengemis di beberapa jalan berlainan yang telah ditentukan lokasinya.

“Walaupun bukan kereta baharu, namun ia bukan barangan murah. Mereka turut mempunyai motosikal, memakai barang kemas dan memiliki telefon pintar. Kehidupan mereka tidak menggambarkan bahawa mereka terpaksa mengemis,” klata Sugeng.

Tambah Sugeng, menurut kiraan, seorang anak keluarga itu mendapat wang hasil mengemis kira-kira 200,000 rupiah (RM58.05).

“Ini bermaksud dalam masa sehari, mereka mampu menjana pendapatan sebanyak 2.4 juta rupiah (RM699.55),” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 7-2-2022 09:13 AM
Indonnnnn kebanggaan friska.

Dulu2 kat sini lagi mewah sindiket mintak sedekah ni. Selepas di bongkar, ramai dah sedar. Tp upgrade level kesian bawak baby pulak mintak sedekah. Kena hati kental.
Quote Skuau 7-2-2022 09:43 AM
Minami2013 replied at 7-2-2022 09:13 AM
Indonnnnn kebanggaan friska.

Dulu2 kat sini lagi mewah sindiket mintak sedekah ni. Selepas di bong ...

kalo ada pengemis camni..cukup la aku bg..'senyuman itu 1 sedekah'.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054147 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top