|
Sebagai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan pelakon cantik dan berbakat iaitu Amyra Rosli, pasti kita tahu karier si cantik ini semakin berkembang sebagai seorang pelakon dan juga pengacara. Sejak mendirikan rumah tangga beberapa tahun yang lalu dan kini sudah berhijab, nampaknya rezeki Amyra tidak putus-putus kerana sering kali kita melihat dirinya di kaca televisyen. Wajah ayu yang dimiliki Amyra dan gayanya yang penuh sopan santun sejak memakai hijab membuatkan ramai yang senang melihat dirinya. Ada juga netizen yang menyifatkan Amyra Rosli memiliki natural beauty dan wajahnya sering dikatakan seiras kartun barbie.
Sumber: Instagram Amyra Rosli Baru-baru ini Amyra ada berkongsikan beberapa gambar di akaun Instagram miliknya. Kelihatan gambar Amyra bersama adik-beradiknya yang lain ketika majlis sambutan hari lahir anak keduanya. Perkongsian gambar tersebut telah mencuri perhatian ramai peminat. Tidak sangka rupa-rupanya adik-adik Amyra juga memiliki wajah yang cantik seperti Amyra. Malah rupa mereka tiga beradik ini boleh dikatakan seiras. Sehigga kini posting yang dimuat naik oleh Amyra telah mendapat hampir 23 ribu likes sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen memuji kecantikan Amyra dan adik beradiknya itu. Antara komen-komen menarik adalah: Sumber: Instagram Amyra Rosli Untuk makluman, beberapa hari yang lepas Amyra Rosli bersama keluarga tercinta telah meraikan hari lahir anak keduanya iaitu Ayra Aryssa yang kedua di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan bilik yang bertemakan kartun barbie. -CARI Sumber: Instagram Amyra Rosli Begitu cantik Amyra Rosli, ditambah lagi dengan solekan minimal yang membuatkan penampilan Amyra semakin menawan. Begitu juga adik-beradiknya yang lain, sama-sama cantik. Kami warga CARI mendoakan semoga Amyra terus berjaya dalam karier dan bahagia bersama insan tersayang.
|
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:30 AM
dua adik amyra tu aku nmpk biasa2 jek....ke mata aku yang tak betul..hahhaha
amyra tu ye lawa walaup ...
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:30 AM
dua adik amyra tu aku nmpk biasa2 jek....ke mata aku yang tak betul..hahhaha
amyra tu ye lawa walaup ...
seri_mawr replied at 7-2-2022 10:30 AM
dua adik amyra tu aku nmpk biasa2 jek....ke mata aku yang tak betul..hahhaha
amyra tu ye lawa walaup ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.083272 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.