CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Mati Terjun Dari Tingkat 12 Selepas Disyaki Tikam Isteri

4-2-2022 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3651| Komen: 23

Seorang lelaki maut terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown, sebelum mayat isterinya ditemui dengan kesan tikaman di bilik tidur.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.38 pagi Jumaat selepas mayat lelaki itu ditemui di tingkat bawah pangsapuri.

"Kita menemui mayat lelaki berusia 54 tahun dalam keadaan terbaring dan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

"Kemudian pada tengah hari, seorang wanita tiba di balai polis dan melaporkan bahawa unit kediaman anaknya di tingkat 12 berkunci dan dia tidak dapat memasukinya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.


Foto: The Star


Beliau berkata, polis kemudian mendapat akses ke unit itu, sebelum menemui mayat seorang wanita berusia 46 tahun di bilik tidur.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman di badannya termasuk satu di leher.

"Siasatan turut mendapati lelaki yang maut itu merupakan suami kepada wanita berkenaan.

"Kejadian disyaki berpunca daripada pergaduhan pasangan tersebut. Kita percaya lelaki itu menikam isterinya sebelum terjun dari tingkat 12," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Saravanan berkata, tiada tanda-tanda kediaman pasangan itu dipecah masuk dan ia berkunci dari dalam.

Beliau berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan itu ditemui dan anak lelaki mereka berusia 18 tahun yang tinggal bersama pasangan itu tiada di rumah ketika kejadian.

Siasatan sedang dijalankan dan keputusan bedah siasat belum diperoleh. -CARI

Sumber: mStar/ The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 4-2-2022 05:59 PM
bunuh isteri lepas tu bunuh diri.. kesian anak yang ditinggalkan..
Quote Decaffeinated 4-2-2022 07:20 PM
Kalau bunuh diri ni life insurance tak cover. MRTA aku tak pasti.

Hopefully hutang rumah nama mak dia lah. Simple sikit kot.

Quote syamzana 4-2-2022 07:24 PM
baru je lepas raya, gaduh apa la lakibini ni. sian anak yg ditinggalkan. hrp ditinggalkan sekali harta berkepuk jgn utang keliling sudah
Quote matchstick 4-2-2022 07:36 PM
Tempoh hari bini bunuh laki. ni laki bunuh bini plk..mmg byk family porak peranda skrg sbb masalah kewangan agaknya. Harga ayam pun turun doploh sen jer
Quote LoveSungmin 4-2-2022 08:25 PM
syamzana replied at 4-2-2022 07:24 PM
baru je lepas raya, gaduh apa la lakibini ni. sian anak yg ditinggalkan. hrp ditinggalkan sekali har ...

i rasa tinggal hutang je tu.. mostly bergaduh pasal duit je.. kalau berhutang ahlong lagi naya
Quote nurkasih74 4-2-2022 08:54 PM
Decaffeinated replied at 4-2-2022 07:20 PM
Kalau bunuh diri ni life insurance tak cover. MRTA aku tak pasti.

Hopefully hutang rumah nama mak d ...

Kawan aku yg agen insurance takaful ckp, bunuh diri covered by insurance..
Quote ulamalu 4-2-2022 08:58 PM
matchstick replied at 4-2-2022 07:36 PM
Tempoh hari bini bunuh laki. ni laki bunuh bini plk..mmg byk family porak peranda skrg sbb masalah k ...

Org baru kawin gaduh psl lain.

Org dah lama kawin gaduh psl lain.
Quote sharlenetexas 4-2-2022 09:00 PM
Lelaki kena tembak pagi raya cina kat penang xde thread pun.

Quote Belibis 4-2-2022 09:39 PM
Masa nak jual..memang janji manismu..masa claim tengokkkkkkkk..silap2 hampeh
Quote Decaffeinated 4-2-2022 10:10 PM
nurkasih74 replied at 4-2-2022 08:54 PM
Kawan aku yg agen insurance takaful ckp, bunuh diri covered by insurance..

ni mesti takaful Islam sebab tau org Islam tak bunuh diri. Kalau kaum lagi satu tu aku tak rasa insurance berani


Quote Jitu 4-2-2022 11:53 PM
kesian anak dia
Quote Artemesiaa 5-2-2022 12:49 PM
Apalah masaalahnya baru je sambut CNY.  Hutang keliling pinggang je cam na.
Quote downiey 6-2-2022 09:07 AM
zaman2 skng mmg byk org bunuh diri sbb duit
Quote syaz_lina 6-2-2022 10:13 AM
Kesian waris yg tinggal. Mungkin dah hilang arah..setan pulak standby bisik2 -baik ko mati je-
Quote scorpionkiki 6-2-2022 10:48 AM
Decaffeinated replied at 4-2-2022 10:10 PM
ni mesti takaful Islam sebab tau org Islam tak bunuh diri. Kalau kaum lagi satu tu aku tak rasa in ...

Yg i tau utk takaful  first year lepas masuk takaful mmg tak cover suicide. Konsepnya org nak bunuh diri dia tak sanggup tunggu setahun nak bunuh diri.
Quote scorpionkiki 6-2-2022 10:51 AM
nurkasih74 replied at 4-2-2022 08:54 PM
Kawan aku yg agen insurance takaful ckp, bunuh diri covered by insurance..

After 1 year baru covered. Ni Takaful Malaysia. Underwriter berpendapat yg nal bunuh diri selalunya tak sanggup tungg utk bunuh diri. Jd masa masuk tu mmg berniat utk dptkan coverage
Quote edayildiz 6-2-2022 11:24 AM
chinese ke? kalau gaduh laki bini..seram jgk gini...kalau laki kita mcm ke arah mental tu..buat diam jer  time dia mrh kena bunuh jgk ke..
Quote Mary_jane 6-2-2022 11:44 AM
Musim laki bini plak bertikam. Semua nya sebab duit.
Quote zorrro_03 6-2-2022 03:20 PM
motif masing2 cakap baru je lepas raya.  takde mention pun bangsa mangsa dan pemangsa kan..  btw takziah kepada ahli keluarga mereka.  moga tabah hadap cabaran ini.  

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.222151 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top