Di Brazil, seorang wanita membuat tuntutan mahkamah untuk menukar nama cucu lelakinya setelah bapa bayi itu membunuh dalam satu serangan bersenjatakan kapak yang ngeri. Menurut Kosmo, pertukaran nama Little Lucifer yang bermaksud Iblis Kecil difailkan pada Jun tahun lalu. Bayi lelaki yang dilahirkan pada Mac tahun lalu itu dipercayai orang terakhir yang diberi nama menakutkan itu di Brazil. Lucifer yang berusia 10 bulan kini dijaga oleh neneknya selepas bapanya membunuh ibu serta datuknya dalam serangan kapak yang mengerikan di rumah keluarga itu pada Mei tahun lepas, ketika kejadian itu Lucifer baru berusia dua bulan. Bagaimanapun, bapanya ditemui meninggal dunia beberapa bulan kemudian. Pengawai-pegawai daripada majis perbandaran Nova Olinda, timur laut Brazil difahamkan telah membuat keputusan berkenaan pertukaran nama tersebut. Lucifer bermaksud "pembawa cahaya" dalam bahasa latin tetapi dalam tradisi agama Kristian ia bermaksud "Iblis Kecil", nama itu bahkan diharamkan di New Zealand. Brazil adalah negara dengan jumlah penganut agama Kristian kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan nama baharu bayi itu tidak didedahkan demi menjaga privasinya. -CARI |
ellejo replied at 4-2-2022 08:05 PM
kalo akak kawen orang thai dapat anak nak kasi nama Porn. Porn nama biasa utk orang thai.
tapi akak ...
ADVERTISEMENT