|
Bagi seseorang yang pernah melalui fasa keruntuhan rumah tangga atau kehilangan ibu bapa akibat penceraian, sudah pasti perjalanan yang dilalui tersebut bukanlah sesuatu perkara mudah. Semestinya akan lebih berjaga-jaga sekiranya mahu menerima orang baru dalam hidup mereka. Pasti cukup banyak sekali syarat yang diletakkan supaya trauma lama tidak berulang lagi.
Baru-baru ini, viral satu kisah yang diceritakan seorang wanita bernama Atin di platform Tiktok yang cukup unik apabila ibunya yang berusia 44 tahun telah berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda dari umur ibunya. Bukan itu sahaja, ‘ayah’ barunya itu hanya tua 3 tahun daripada wanita itu dan pernah belajar di sekolah rendah yang sama. Perkongsiannya telah menjadi viral dengan hampir 5 juta tonton. Ramai yang bertanya bagaimanakah penerimaannya, wanita yang dikenali sebagai Atin mengakui pada awalnya memang amat sukar malah dia dan ibunya pernah juga bertengkar berkenaan hal itu itu. Walau bagaimanapun, Atin mengakui telah melihat sendiri lelaki itu menerima si ibu apa adanya. Maka dia redha. Sumber: Tiktok Atin Di ruangan komen, rata-rata netizen cukup terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Atin mengenai perkahwinan ibunya. Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji kecantikan ibunya meskipun sudah di usia 40-an.-CARI Sumber: Tiktok Atin |

matchstick: 'Boleh review muka bapa tiri awak tak?'cakap je lah boleh tunjuk muka bapa tiri awak?? Dia ingt product timbang kilo ke nak review bagai


kang aku takut benda lain yang jadi kang Adrif replied at 5-2-2022 03:02 AM
mak 44, ayah tiri 29
15 tahun beza..

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.473285 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.