CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Empat Beranak Dalam Kemalangan

4-2-2022 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3996| Komen: 38

Bentong: Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, hari ini atas pertuduhan membunuh empat beranak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu berhampiran susur ke Lebuhraya Central Spine Road (CSR), minggu lalu.


Ahamad Fuad Mohd Salleh, 44, dari Kuala Lipis, Pahang, berdepan empat pertuduhan membunuh selain dua lagi pertuduhan iaitu memiliki dan menggunakan dadah.

Mengikut empat pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Raihan Mohamad, 43; dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 24; Ahmad Muaz, 7; serta Ahda Imtinan, 5.


Foto: Harian Metro

Perbuatan itu dilakukan di KM 2, Jalan Lebu-Felda Mempaga di sini, 2.30 petang, 28 Januari lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.

Bagi dua pertuduhan dadah, peniaga ikan sangkar terbabit mengaku tidak bersalah menggunakan dadah jenis methamphetamine dan memiliki dadah itu seberat 0.75 gram.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi kemalangan pada jam 11.45 pagi dan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong, pada jam 12.05 tengah malam, 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, bapa kepada lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan Seksyen 12(2) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Farah Idayu Nusi.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan hasrat satu keluarga yang mahu menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila empat daripadanya maut selepas kenderaan mereka dirempuh pacuan empat roda. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-2-2022 03:41 PM
302??? Sebelum2 ni ada ke kes kemalangan maut kena bawah 302??
Quote manehnya 4-2-2022 03:53 PM
Ahamad Fuad Mohd Salleh, 44, dari Kuala Lipis, Pahang, berdepan empat pertuduhan membunuh selain dua lagi pertuduhan iaitu memiliki dan menggunakan dadah.


MELAYU.... fuh mmg jahanam pnya org
Quote ChildrenOfBodom 4-2-2022 04:04 PM
Sengaja langgar ka apa?
Quote sharlenetexas 4-2-2022 04:07 PM
Takde kad oku?

Quote mejaputih 4-2-2022 04:07 PM
wow...can't wait to see the result.
Quote Skuau 4-2-2022 04:07 PM
Belibis replied at 4-2-2022 03:41 PM
302??? Sebelum2 ni ada ke kes kemalangan maut kena bawah 302??


mohon 'kes setara'...pakai 302 ni juga...
Quote che-cikL 4-2-2022 04:09 PM
Blh lak tak mengaku ambik dadah. Abis air kencing siapa yg kena uji tu? Yg macam straw kecik kat bawah pedal kereta tu siapa punya?

Semoga cepat mereput dpt pembalasan.
Quote sukacactus 4-2-2022 04:33 PM
Yg melanggar, sihat walafiat nampaknya
Semoga berbahagia di dlm sana
Quote sukacactus 4-2-2022 04:34 PM
ChildrenOfBodom replied at 4-2-2022 04:04 PM
Sengaja langgar ka apa?

Kan dia xbrenti kat lampu merah
Kepala tgh ting tong
Quote bungarose 4-2-2022 04:50 PM
Sebelum ni ader kad oku walaupun memandu dalam mabuk juger........sampai meninggal juger dia langgar
Quote mamastoney 4-2-2022 05:06 PM
Eh babi betul la, ko dah langgar mati bini dgn anak org, urine pun sangkut, siap ada bukti syabu lg dlm kereta ko, senang hati hitam ko je tk mengaku apa2 salah. Pergi mampus, rot to hell!!
Quote ulamalu 4-2-2022 05:31 PM
Pakai baju sama ke dari hari kejadian?
Quote Decaffeinated 4-2-2022 06:59 PM
sebab langgar lampu merah tu kena 302 kot

aku rasa tak mudah juga ni nak sangkut dia ada motif nak membunuh.

Quote Minami2013 4-2-2022 07:13 PM
Walau minum arak mabuk sbb boleh minum arak ke jadi tak sabit 302? Dadah mmg illegal jadi terkait 302? Undang2 dunia...

Tapi selayaknya lah 302 dah menyebabkan kematian.
Quote FOTHER-MUCKER 4-2-2022 07:17 PM
Hairan juga atas pertuduhan membunuh?

Pertama di dunia?
Quote capiloton 4-2-2022 07:33 PM
Edited by Xim at 5-2-2022 10:39 AM

kapir lahanat drunk driving langgar orang sampai mati,
takde pulak kena gantung?
pundek.

contoh nya macam si _ nih.
siap tersengih lepas bunuh orang dengan tin todi atas kereta.

https://kulihatlangitbiru.com/ketawa-selepas-langgar-peniaga-nasi-lemak-sampai-mati

https://www.thereporter.my/2019/06/video-peniaga-nasi-lemak-maut-dirempuh.html








Quote matamata 4-2-2022 07:39 PM
Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Susah nak sangkut ni...
Kalau jadi kat atas jalan raya selalunyayg blh  sangkut cuma akta2 pengangkutan jalan...akta2 ni hukuman dia takla berat sgt..
Susah sebenarnya
Quote zamnie 4-2-2022 08:06 PM
Padan muka.. hrp sabit segera hukuman mati tuh
Quote Suchi 4-2-2022 08:14 PM
Dia rasa dia tak sengaja langgar kot tu yg tak ngaku.
Dia cuma nak langgar lampu merah je mana la tau langgar vellfire tu.
Sapa suh vellfire tu ada kat situ camtulaa la gamaknya dia fikir.
Sama mcm org2 lain yg buli org sampai mati bagai tu dia cuma nak pukul org je kenapa plak org tu g mati.
Dia tak salah org jela yg salah. Org lain jelaa yg menjadi punca dia begitu begini.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045422 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top