Seremban: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperketatkan pemantauan di laluan Temiang-Pantai, dekat sini, yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar sempena musim cuti dan hari minggu.
Dijangkakan lebih ramai pengunjung akan ke lokasi berkenaan sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina dan hari minggu ini selepas lokasi berkenaan tular kerana pemandangannya yang mendapatkan jolokan 'New Zealand' Malaysia. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemantauan bertujuan memastikan tiada pengguna berhenti di lorong kecemasan dan bergambar lebih-lebih lagi dalam jumlah kenderaan yang banyak.
"Sebelum ini tular di media sosial berkaitan sekumpulan pemandu kenderaan berkumpul dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di kedua-dua arah di lokasi berkenaan untuk bergambar. "Tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang mungkin panik kerana secara tiba-tiba terdapat banyak kenderaan berhenti di bahu jalan dan berkemungkinan besar mengganggu kelancaran trafik," katanya. Beliau berkata, tindakan pemandu yang berhenti di lorong kecemasan tanpa alasan yang munasabah adalah satu kesalahan. "Mereka yang melakukan kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali kes kecemasan. "Bagi kesalahan itu, denda boleh dikenakan kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Hanif Yusabara berkata, JPJ menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak menimbulkan kesukaran dan membahayakan pengguna lain. -CARI Sumber: Harian Metro
|
pearl.silver replied at 4-2-2022 05:08 PM
Kat mana temiang-pantai tu
cmf_premierleag replied at 4-2-2022 06:08 PM
if uols dr KL guna LEKAS Highway
lps byr tol seremban,mula2 jmpe persimpangan Setul
jalan depan lg ...
ultra78 replied at 5-2-2022 07:17 AM
Tanda Malaysia kurang tempat pelancongan. Yang ada overcrowded dan tidak unik
ChildrenOfBodom replied at 5-2-2022 08:46 AM
Nasib la tuhan tak kurniakan bumi malaysia ni seindah new zealand, kalao tak for sure banyak setan2 ...
exclusive_vvip replied at 5-2-2022 08:51 AM
yg marhaen dgn perangai peghaknya, yg kayangan dgn perangai nak tarah nya.. mungkin mmg x layak ut ...
ADVERTISEMENT