CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Yang Perlu Ditanggung, Ada Yang Perlu Dilunaskan,"-Azhan Rani Tak Boleh Berehat Lama Lepas Kemalangan

4-2-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1653| Komen: 3

Azhan Rani, 45, memaklumkan dirinya kini beransur sembuh selepas terlibat dalam satu kemalangan bulan lalu.

Dalam perkongsian hantaran yang dimuat naik, dia berharap untuk kuat berdepan dengan ujian dan dugaan yang menimpa ketika ini.



Foto: IG

“Harap ini akan menjelaskan keadaan sebenar. Insya-Allah saya sedang beransur sembuh walaupun tak secergas dulu dan masih dalam mode robocop.

“Nak ikut pesan doktor rehat lama-lama dengan nanti nak mengadap bank yang terpaksa kejar setiap hari pun dilema juga. Ada yang perlu ditanggung, ada yang perlu dilunaskan. Hidup mesti diteruskan kaedahnya.


“Jadi, sebelum banyak drama belakang tabir Insya-Allah saya akan kuat untuk hadapi semua ini. Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan saya,” ujarnya.



Dalam perkongsian sama, pelakon yang popular dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur, berterima kasih kepada khalayak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dirinya.

Difahamkan ketika ini, Azhan yang cedera bahu dan tulang rusuk akibat kemalangan itu, sedang menjalani penggambaran yang mana diberikan watak cameo.

Sebagai informasi, pada 16 Januari lalu, Azhan terbabit dalam kemalangan melibatkan motosikal lain yang bertembung dengannya ketika melalui Jalan Templer, Rawang.



Serentak dengan perkongsian itu, pengikut dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan melayangkan kata-kata semangat.




“Bertabahlah sahabatku. Ada nikmat yang lebih dari itu yang kita tak sangka-sangka. Maka bersabarlah redalah dengan segala yang berlaku, Insya-Allah sahabatku,” komen pelakon Ashraf Muslim. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-2-2022 07:55 PM
Get well soon
Quote fealefea 5-2-2022 12:23 AM
Entah la. Ada badan nk pakai lama. Sihat tu adalah kemewahan idop.
Quote eely_shana 6-2-2022 10:37 AM
Semoga cepat sembuh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.482940 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top