Tidak ada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang ibu apabila mengenangkan nasib yang menimpa anak kecilnya. Muhammad Izzat Rafael Zulnazmi baru berusia dua tahun kini terpaksa menanggung derita akibat penyakit kulit psoriasis.
Melalui temu bual bersama ibunya iaitu Fatin Suhana Mohd Zamberi, dia mengakui sedih setiap kali memikirkan nasib dan masa depan Izzat. Bercerita mengenai penyakit anaknya, Sue berkata anaknya disahkan menghidap psoriasis sewaktu berusia satu bulan iaitu pada tahun 2019. Katanya, penyakit ini bermula apabila timbul tompok-tompok kulit berkerak merah dilitupi dengan sisik berwarna perak yang disebut plak di badan anaknya itu. Menurut doktor, penyakit ni tak ada penawar boleh yang boleh menyembuhkan, cuma boleh dikawal. Sepanjang dua tahun, dah 21 kali kena serang penyakit ni. Bercerita mengenai anaknya, Sue mengakui dia amat sedih melihat anaknya yang baru mahu mengenal dunia tetapi perlu menghadapi kesakitan. Menurut Sue, telah banyak wang ringgit yang dihabiskan demi menanggung kos perubatan merawat anaknya. Namun, dia tidak akan putus asa selagi tidak menjumpai penawar penyakit itu. Sebelum ini, anaknya pernah berjumpa empat doktor pakar namun hanya diberi ubat sapuan pada kulit serta antibiotik yang langsung tidak berkesan. Didoakan agar adik Izzat kembali sembuh seperti biasa dan dapat menikmati hidup normal seperti orang lain tanpa menderita sakit lagi. Semoga Tuhan menyembuhkan anak kecil ini. -CARI |
Nyonyaroguy replied at 4-2-2022 07:29 PM
Semoga adik sihat² selalu. Saya dah 10 tahun menghidap psoriasis..masih dalam rawatan. Baru kawen t ...
biskutsusu replied at 7-2-2022 02:01 PM
semoga dipermudahkan semuanya. be strong ya.
masa first time suami i dapat tahu dia kena psoriasi ...
ADVERTISEMENT