Akibat terjerat dengan sindiket "Love Scam", seorang wanita warga emas terpaksa berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM52,300 lesap dalam sekelip mata. Memetik Sinar, mangsa merupakan pesara berusia 74 tahun itu dikatakan terpedaya dengan penipuan terbabit selepas menerima pesanan dan berhubung dengan lelaki dikenali Nelson Michael melalui Facebook pada 18 Disember tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sepanjang perkenalan itu, mangsa tidak pernah berjumpa dengan suspek yang "mengaku" dari Amerika Syarikat serta mendakwa berkerja dalam bidang cari gali minyak di Miri, Sarawak. "Selepas sebulan perkenalan itu, suspek mahu meminjam wang daripada mangsa, suspek mengatakan keinginannya untuk berkahwin dengan mangsa sekiranya permintaannya dipenuhi. Mangsa tersebut melakukan 7 transaksi ke dalam akaun bank diberikan suspek yang berjumlah RM52,300 sehingga Isnin lalu (31 januari). Beliau memaklumkan selepas melakukan pemindahan wang, suspek tidak lagi menghubungi mangsa sehingga ke hari ini. Mangsa merasakan diri ditipu telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari Khamis. -CARI
|
annehuda replied at 4-2-2022 09:20 AM
aku baru lepas tgk satu docu-film ni kt netflix, tajuknye Tinder Swindler. aku ringkaskan citer die ...
Levespa replied at 4-2-2022 06:22 PM
ha ah dah tengok jugak.. yg perempuan no.3 tu cerdik sikit dapat jugak hasil jualan baju2 branded ...
KucaiHijau replied at 5-2-2022 11:20 PM
Setiap manusia ade titik kesunyian dalam hati....even yg dah ade pasangan ngan anak2 pun sama je. Jd ...
annehuda replied at 4-2-2022 05:20 PM
aku baru lepas tgk satu docu-film ni kt netflix, tajuknye Tinder Swindler. aku ringkaskan citer die ...
KucaiHijau replied at 5-2-2022 11:20 PM
Setiap manusia ade titik kesunyian dalam hati....even yg dah ade pasangan ngan anak2 pun sama je. Jd ...
Carcosa replied at 5-2-2022 10:33 PM
Aku tak paham betul lah
Selalu nya acik2 tua, acik2 gundu, acik2 tak laku, diorang punya sel ...
ADVERTISEMENT