|
Setelah hampir seminggu tiba di tanah air melalui program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LIB), doktor pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya pulang ke kampung halamannya di Johor bersama suaminya. Kepulangan Dr Amalina bersama suaminya iaitu Alexander Charles disambut oleh ibu tercinta di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bahru. Sumber: Instagram Dr Amalina Menerusi akaun Instagram Dr Amalia, beliau telah memuat naik sekeping gambar bersama ibunya di meja makan dengan pelbagai jenis lauk dan kek. Bagaimanapun, yang menjadi perhatian netizen ialah dua biji kek - Happy Birthday (Selamat Hari Jadi) dan Happy Anniversary (Selamat lang Tahun) yang dihidangkan di meja. Menerusi temu bual bersama Mstar, ibu kepada Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan mengucapkan rasa syukurnya kerana akhirnya dipertemukan satu-satunya anak beliau selepas hampir dua tahun terpisah kerana sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19. Ibunya juga sempat mengatakan yang beliau telah membuat dua kek iaitu blueberry cheesecake dan biscoff cheesecake sebagai kejutan buat Dr Amalina. Ibunya juga seronok dan teruja kerana kejutan menjadi. Sumber: Instagram Dr Amalina Tambah beliau, kek itu dibuat sempena hari ulang tahun Dr Amalina ke-34 pada 7 Disember 2021 dan kek biscoff cheesecake pula dibuat sempena ulang tahun perkahwinan Amalina dan Alex pada 31 Mac ini. Sumber: Instagram Dr Amalina Memandangkan Dr Amalina dan suaminya akan berangkat pulang ke London semula dalam masa terdekat ini, ibunya telah mengambil peluang untuk menyambut sekali hari ulangtahun perkahwinan mereka. "Amalina tak sangka inisiatif kerajaan menerusi program gelembung pelancongan memudahkannya dan suami yang merupakan warga asing pulang ke Malaysia," katanya. -CARI
|

watie79 replied at 4-2-2022 04:14 PM
ya auloh TT...apa benda nih ??? dah berapa bukak benang tp hapah pon tak nampak
callin ...
djzara81: Ayah Dr Amalina still hidup ka ...

hijau_serindit replied at 5-2-2022 01:08 PM
kenapa hijab aku tertutup xdpt baca ape yg TT post?
ninnamina replied at 5-2-2022 02:11 PM
Sama kak hijab kita tertutup haha


doubleharmonic replied at 5-2-2022 04:34 PM
banyak sangat makan noreen ke ko ni sampai tulis pon pakai bahasa noreen yang ko sekor jah boleh nam ...
faint_heart replied at 6-2-2022 03:05 PM
Chu olls ni marah betul ke or ada issue ngn plakon tak popular who are youus noreen tu smpai mrngu ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.211828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.