Seorang pengguna Twitter dengan nama samaran @bijikambingg telah berkongsi sepotong video ceramah agama yang disampaikan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi mengenai ketaatan seorang isteri yang tidak menceritakan aib suami.
Berdasarkan bahagian video yang dikongsikan itu, Oki sedang bercakap mengenai kejadian di Jeddah, sepasang suami isteri sedang bertengkar kemudian suami telah memukul isterinya. Bagaimanapun, si isteri tidak menceritakan kejadian berkenaan.
"Kemudian, isterinya menangis. Tiba-tiba kedengaran loceng pintu rumah berbunyi. Ketika isteri membuka dalam keadaan matanya sembab, ternyata yang datang adalah ibu si isteri. Sang suami dari jauh berdebar-debar bimbang isteri mengadu kejadian tadi kepada ibu mentuanya.
"Si ibu bertanya kenapa anaknya menangis namun sang isteri hanya menjawab dia berdoa kerana terlalu rindukan kedua ibu bapanya dan ingin bertemu. Si isteri terlalu gembira dan terharu hingga menangis kerana Allah mengirimkan ibu bapanya datang ke rumah," kata Oki dalam video berkenaan.
Tambah Oki lagi, sang suami yang mendengar isterinya menyimpan aib walaupun berpeluang untuk mengadu kepada ibu bapanya bertambah kasih terhadap isterinya itu.
Loading Tweet...
Netizen mulai menyerang wanita yang pernah berlakon dalam filem Ketika Cinta Bertasbih itu. Mereka menuduh Oki menormalisasikan keganasan rumah tangga serta menilai ketaatan seorang isteri itu adalah dengan menjaga aib suami walau menjadi mangsa sepak terajang.
Potongan video berkenaan diambil daripada rakaman ceramahnya berjudul Ciri-ciri wanita Sholehah menurut Al-Quran yang disampaikan pada Mei 2020.
Apa pandangan anda? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
LoL bukan solehah bagi saya, tapi bodoh.. kenapa nak seksa diri jadi punching bag? kawin sebab nak hidup bahagia kah sengsara? biarkan diri sakit, semata-mata simpan aib si laki? seronoknya jadi laki kan..boleh buat cincai
Jgn biarkan laki naik tangan..kalau dah start naik tangan tu maksudnya dia dah tak sayang bini dia. Kalau sayang usap-usap, bukan pukul..kalau dah kene pelempang tu pi la report.
Tak perlu nak jg aib bagai..nnti dia buat lagi..