CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tanda Di Kalendar Siap-Siap, Ketahui Amalan Puasa Sunat Yang Afdal Sepanjang Tahun

4-2-2022 02:55 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1329| Komen: 0|Original author: Agent13k

Puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah Nabi Muhammad SAW akan mengamalkan puasa secara berkala sepanjang tahun.

Puasa bukan sahaja memberi manfaat kepada fizikal tetapi dari segi rohani dan fokus dalam beribadat.

kredit foto: Cikguzul

Sebagaimana sabda Nabi: "Jika seseorang tidak menjauhi perkataan dusta dan perbuatan dusta ketika berpuasa, maka Allah tidak peduli jika dia menahan makan dan minum." (Bukhari, 1241).

Petikan dari Mstar, ini adalah puasa sunat yang boleh diamalkan sepanjang tahun untuk ditandakan dalam kalendar anda.

  • Isnin dan Khamis

Aishah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah pernah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (at-Tirmidzi, 745). Dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, kita akan dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah SWT. 

Puasa 2 kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian juga menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan untuk menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih kalori.

  • Hari Putih

kredit foto: TerengganuGov


Hari Putih atau lebih dikenali sebagai "Al-Ayyam al-Bid" dalam bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15 hari bulan Islam. Ia dipanggil Hari Putih kerana bulan pernama bersinar terang pada hari tersebut, umat Islam digalakkan berpuasa selama 3 hari ini pada setiap bulan islam kecuali 13 Zulhijjah.

Ini kerana umat Islam dilarang berpuasa pada 3 hari berturut-turut selepas Hari Raya Haji, yang dikenali sebagai hari Tashriq.

  • Puasa 6 Syawal

Walaupun mungkin sukar untuk terus berpuasa setelah melakukannya pada bulan Ramadan, umat islam dianjurkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal, bulan yang mengikuti sejurus selepas Ramadan untuk mendapat fadilat dan ganjaran yang besar. Diriwayatkan pula oleh Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa bulan Ramadan mendapat pahala sepuluh sepertinya, dan puasa enam hari mendapat pahala 2 bulan dan itulah puasa sepanjang tahun."

Ada beberapa cara untuk melakukan puasa ini, asalkan hari pertama dalam bulan itu tidak disertakan. Nabi melarang umatnya berpuasa pada hair raya Aidlifitri dan Aidiladha kerana hari-hari tersebut adalah hari untuk makan, minum, berkongsi dan meraikan nikmat yang diberi oleh Allah.

  • Berpuasa pada bulan Sya'ban

kredit foto: Suara

Sya'ban adalah bulan dimana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat. Pada bulan ini, kita harus berusaha untuk melakukan sebanyak amalan yang boleh di lakukan. Salah satu kelebihan berpuasa di bulan Sya'ban ialah ia dapat dijadikan sebagai tarbiah Ramadan, baik rohani mahupun jasmani.

Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya'ban sebagai malam keampunan dan keberkatan, umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau. Tetapi, puasa pada separuh kedua Sya'ban tidak dibenarkan untuk berpuasa kecuali bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa secara tetap atau yang menyambung setelah berpuasa pada separuh pertama bulan Sya'ban.

  • Hari ke-10 Muharram - Hari Asyura

Puasa pada 10 Muharram juga dikenali sebagai Hari Asyura, menghapuskan dosa setahun yang lalu, umat Islam juga digalkkan untuk berpuasa sehari sebelum dan selepas Asyura, pada 9 dan 11 Muharram.

Ia adalah untuk memperingati hari Allah menyelematkan Nabi Musa AS dan pengikutnya daripada musuh mereka.

  • Hari ke-9 Zulhijjah - Hari Arafah
kredit foto: Suara

Bulan Zulhijjah dikenali sebagai bulan haji, walaupun tidak semua berpeluang untuk menunaikan haji, ada cara lain yang boleh dilakukan. Ibadah haji tidak akan lengkap tanpa perjalanan yang diberkati ke padang Arafah, bertaubat pada hari Arafah adalah cara memperbaharui janji anda kepada Allah dan memulakan semula, menjadikannya sunnah untuk berpuasa pada hari ini.

Ingatlah, amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang konsisten walaupun kecil. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.086760 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top